Sunday, March 13, 2011

Kucing Anjing Macam Skunk


Anda mesti familiar dengan haiwan hitam putih yang boleh mengeluarkan bau yg amat busuk ketika terancam kan?
Tidak lain tidak bukan, haiwan itu adalah si comel Skunk.
Tp, taukah anda organ apa yg mengeluarkan bau busuk pd skunk tu?
Ia sebenarnya satu kelenjar berdekatan anus (perkataan yg lebih elok dan sama maksudnya dgn lubang dubur).

Salam ceria semua. Jom kita layan gambar ni...
Skunk 'menyembur' gas berbau busuk untuk perlindungan diri. Tp, tahukah anda kucing dan anjing pun kadangkala akan berbuat begini bila berasa takut dan terancam.
Ini pulak video yang menunjukkan bagaimana skunk 'menyembur' 'mangsanya':
AMARAN, video ini mungkin membuatkan anda kurang selera makan.
Perhatikan 2 pembengkakan di kiri kanan (pukul 3 dan 9) anus. Itu adalah kelenjar yang dinamakan kelenjar anus yg mengandungi cecair yg sangat busuk.

Mesti anda tertanya2, apa sebenarnya fungsi kelenjar ini pd anjing dan kucing sebab mereka bukannya sama seperti skunk, kan?
Ini adalah diagram yang menunjukan kedudukan kelenjar anus pada kucing dan anjing. Bergantung kepada individu, kelenjar ini mungkin terletak pada pukul 3 dan 9 atau pukul 2 dan 10 (jarang2 sgt)atau seperti di dalam gambar pukul 8 dan 4 (paling common).
Antara fungsi kelenjar ini:
  • sebagai pengenalan diri - haiwan mengenal satu antara lain bukan pada visual shj ttp juga dari bau
  • sebagai pelincir - untuk 'melancarkan' perjalanan keluar najis
  • sebagai perlindungan diri 
  • sebagai penanda kawasan - ini adalah tabiat anjing untuk menanda kawasan mereka, sama juga seperti kucing jantan apabila mereka memancut.
 Kelenjar ini boleh mengalami jangkitan dan selalunya berlaku kepada anjing tetapi kami banyak menemui kes sebegini pada kucing walaupun kebanyakan buku dan literature menulis ia adalah jarang (rare) pada kucing.
Setakat ini sudah hampir 10 kes dalam masa 4 bulan yang kami terima.

Antara punca kucing boleh mendapat jangkitan ini yang dpt dikenalpasti:
  •  kucing kecacingan terutamanya cacing pita - ini kerana cacing pita bertelur pada anus dan membuatkan anus menjadi gatal (lebih kurang sama dgn manusia), jd kucing akan kerap menjilat2 anus dan menjangkitakan kelenjar ini.
  • kucing cirit birit - kucing adalah haiwan yg sgt pembersih dan cerewet. Jadi, apabila mereka cirit sudah tentunya anus dan bulu mereka akan kotor/sememeh terkena najis yang cair, jadi mereka akan kerap menjilat2 bahagian anus juga.
Tanda2 yg dpt dilihat apabila haiwan menghadapi masalah ini:
  • 'melepas' merata2 - disebabkan kurang selesa, mereka akan terdorong melepas di luar 'toilet' mereka. Lebih ketara pd kucing indoor yg biasanya bertoiletkan pasir.
  • meraung ketika 'melepas' - disebabkan jangkitan, kelenjar ini akan bengkak dan membuatkan haiwan berasa sakit untuk 'melepas' lagi2 kalau najis mereka keras.
  • najis berdarah - anda akan terkejut kerana terlihat ada darah pada najis haiwan anda. Ini berlaku kerana, apabila kelenjar itu bengkak dan radang, akan bertambahnya penyaluran darah pd bahagian itu, maka darah juga akan terkeluar apabila salur bengkak ini ditekan.
Walau apapun, haiwan selalunya berselera normal dan aktif seperti biasa. Ini yang membezakan di antara jangkitan virus mahupun keracunan. 

Jadi, apa nak buat kalau haiwan menunjukkan tanda2 di atas?
Bawalah mereka segera kepada VET kerana kalau berlarutan boleh menyebabkab kelenjar itu membengkak dan 'meletupkan' nanah. Pastinya, pd masa itu, kucing dah tak selera makan dan monyok.

VET akan buat ini untuk merawat masalah ini:
Semua kes yang kami terima kucing akan marah jika bahagian anus mereka disentuh. Jadi, kami akan bius mereka sebelum melakukan prosedur ini. Serta kami juga akan flush kelenjar itu untuk memastikan tiada sisa2 kotoran yang tertinggal di dalamnya. Bergantung kepada keadaan, kucing akan diberi suntikan atau ubat susulan.

Jadi, sekian saja pd kali ini. Moga2 anda dapat manfaatkan info ini dalam penjagaan anak bulus anda.



Tuesday, March 1, 2011

'Saya sangat suka coklat', kata encik Rabbit. THE END.


Apala peliknya tajuk ni kan?
Tapi jangan risau, takde watak Ustaz Coklat dalam entry ni.. 

Comel je kan coklat berbentuk arnab ni? Nyum nyum...

Inilah kisah yang bagi saya menyayat hati endingnya walaupun permulaan kisah rabbit tu macam fairytale.
"I like chocolate eventhough i supposed to eat veges.", Agaknya nila yang Mr. Bunny tu bg tau kat Mama dia dengan muka mintak kesian dan mata bersinar2 macam Shin Chan sampai Mama dia takleh nak tolak permintaan dia. Lastnya, kematian Mr. Bunny menjadi penamat cerita.

COKLAT itu sedaaaaap tapi RACUN sebenarnya.

Nak kene babab org yg bagi coklat kat kucing ni ha..sampai macam tu sekali disuanya coklat kat si tabby ni..harus masuk ICU meow ni kalau dihabisnya satu bar tuh..isk isk..

Mungkin ramai yang tak tau kita pun boleh dapat keracunan coklat, tapi dengan memakan sebanyak 10kg coklat sekaligus bg org yg bertubuh dalam 50kg.

ARNAB, KUCING, ANJING yang hanya berat kurang dr 5kg, bayangkan hanya sedikit coklat, agak2 dalam 200g coklat kalau berat hanya 1kg tiap2 hari akan membawa bencana. Itupun, kalau coklat susu bukannya dark chocolate yer...

Kenapa coklat berbahaya dan bagaimana?
Di dalam coklat terdapat satu bahan kimia dinamakan theobromine iaitu sepupu kepada caffeine (yg juga bahaya kepada si comel berbulu).
THEOBROMINE ini yang bertanggungjawab menyebabkan muntah2, cirit-birit, kegelisahan, degupan jantung tidak sekata atau terlalu cepat, sawan dan koma.
Seperti juga caffeine, theobromine juga meransang sistem saraf, jantung dan tekanan darah. Bila dah terlebih ransangan boleh menyebabkan kegagalan semua sistem tersebut.

Berikut adalah jumlah theobromine yg terdapat di dalam beberapa produk koko:
  • Serbuk koko = 800 mg/oz
  • Coklat masakan tanpa gula = 450 mg/oz
  • Cocoa bean mulch = 255 mg/oz
  • Coklat gelap = 150-160 mg/oz
  • Coklat susu = 44-64 mg Theobromine per oz coklat
  • kandungan theobromine dalam coklat putih tidak begitu bahaya

Berbalik kepada cerita Mr. Rabbit tadi, hampir setiap hari dia diberikan coklat sebab hampir setiap hari 'abang'nya makan coklat. So, 'abang' kongsi2 dgn 'adik' coklat tu. Mengikut ceritanya, si 'abang' bagi secebis jer..

Saya hanya dapat mengagak lebih kurang 2 bulan Mr. Rabbit mempunyai lifestyle begitu. Bila sampai kpd saya, Mr. Rabbit dah tak berselera makan, cirit birit, kurus dan bengkak2 pada kaki terutama kaki belakang.
Menurut Mama nya, kaki depan pun pernah bengkak tapi dah susut lepas diurut dengan minyak gamat. Pada amatan saya, kaki yang bengkak tu tak nampak langsung macam trauma. Sebab, bengkaknya di bawah kulit membuatkan kulit kebiruan, lebih kepada edema bukan nanah atau bengkak pd isinya. Edema boleh berlaku jika tekanan darah terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Memang selepas saya mendengar Mr. Rabbit sgt suka makan coklat, saya dapat rasakan hidupnya takkan lama. Selepas 2 hari, Mr. Rabbit tiada lagi di dunia. 
Mesti anda pelik kenapa tanda2 nya tak sama macam yang disebut di atas? Sebenarnya saya pun pelik jugak mula2, tapi saya rasa memang betul sekali makan Mr. Rabbit dapat secebis sahaja, dos yang masih tak berbahaya. Tetapi, kalau tiap2 hari makan dos kecil, lama2 memudaratkan jugak. Sebab tu tanda2 nya lain sikit. Dan saya dapat rasakan Mr. Rabbit mungkin pernah menunjukkan tanda gelisah tetapi disalah ertikan sebagai sgt aktif.

Bayangkanla kalau saraf terlebih diransang tiap2 hari? tak ke mati satu persatu sel2 saraf tu. macam apa yg MSG buat pd sel saraf kita. (huhu)..

Mungkin ada arnab yg pernah diberi coklat tetapi masih sgt sihat. Perlu diingat, setiap individu mempunyai respon berbeza2 dengan sesuatu bahan.Terdapat beberapa kajian yg dijalankan menunjukkan arnab jantan akan mengalami risiko mandul jika memakan theobromine. 

Haiwan boleh mati dengan memakan 100-200mg/kg theobromine. Kesimpulannya, mereka yg seberat 1kg boleh mati jika makan 345g coklat susu sekaligus. Itu adalah bersamaan satu 3/4 bar Coklat Susu Cadbury plain 200g. (uii, sedapnya..terliur pulak) 
Banyak ke? Boleh tahanla..tapi dlm byk2 haiwan anjing yg paling berpotensi keracunan disebabkan sifat yg ingin tahu yg tinggi serta sifat tak memilih makan nyer berbanding kucing (yg memilih ya amat kekadang) ataupun arnab.

Gamaknya tak timbul2 la si anjing, kucing dan arnab kalau terjun dalam sungai coklat ni. Manusia pun belum tentu timbul kalau sambil menyelam minum 'air' kat sungai nih..haish..Err, Willy Wonka ada pets ke? Nasib baik Oompa Loompa makan sikit2 je coklat tiap2 hari..huhu
 
Jadi, anda2 sekalian, lepas ni makan coklat sorang2 yer. Takyah ajak si comot ke, ketot ke, bunny ke atau apa2 saja nama mereka. BAHAYA itu dangerous. FULL STOP.

Sekian. Selamat memasuki bulan ke3 tahun 2011!