Friday, April 18, 2014

SEMBANG-SEMBANG BAJET KUCING



Bismillah.

Dengan ini, kami di HVC berbesar hati untuk menjemput semua pencinta kucing ke HoneyVets esok, sempena Open Day kami.

Topik utama untuk Open Day esok ialah BAJET KUCING. Kami akan membincangkan dan berkongsi tentang teknik dan tips dalam merancang bajet kucing.

OPEN DAY ini akan diadakan dari 10 pagi ke 5 petang. Kemasukan adalah PERCUMA.
Setiap sesi, kapasiti ialah 15 orang.

ATURCARA
-------

10.00 pagi : Kedatangan & pendaftaran peserta
10.30 pagi: Sesi pertama bermula.
12.00 pagi: Sesi Q&A.
1.00 tengahari : Jamuan & solat.
2.30 petang: Sesi Kedua bermula.
4.00 petang: Sesi Q&A.
5.00 petang: Bersurai.

*Sesi PERTAMA & KEDUA, pengisiannya adalah sama.

Jamuan ringan tengahari disediakan. In shaa Allah, kami akan hidangkan Hot Chocolate dan Pizza kepada yang hadir (sementara stok masih ada).

In shaa Allah, bermula bulan April ini, kami merancang untuk mengadakan OPEN DAY pada setiap ulan, dengan topik-topik berbeza.

Jumpa esok, ya.