SERVIS PROFESSIONAL


Berikut merupakan senarai perkhidmatan profesional kami di HoneyVets.

Senarai ini tidak dipaparkan bersama harga, bagi menghormati Etika Veterinar.

Hubungi kami terus di 019 347 3717 atau 03 8912 7294 untuk maklumat harga perkhidmatan kami.

_______________________________________

PEMERIKSAAN KESIHATAN HAIWAN KESAYANGAN


Kami melakukan pemeriksaan menyeluruh dari hujung cuping telinga hingga hujung ekor si comel tersayang.

KHIDMAT KONSULTASI HAIWAN KESAYANGAN


Klien akan diberikan khidmat nasihat dari segi penjagaan haiwan kesayangan yang betul, pemakanan, cara mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit dan bukan berjangkit, juga nasihat dari segi merapikan kucing. Selain itu, khidmat nasihat untuk rawatan haiwan yang sakit juga disediakan.


VAKSINASI KUCING


Antara vaksinasi kucing yang disediakan ialah:
 Core vaccines merangkumi ;
Feline Herpesvirus (virus selsema kucing)
Feline Calicivirus (virus sakit mulut kucing)
Feline Panleukopenia Virus (virus cirit berdarah atau hawar kucing)
Feline Chlamydia (virus sakit mata kucing)
 Additional vaccine iaitu vaksin Feline Leukemiavirus

PEMBEDAHAN HAIWAN KESAYANGAN


Antara contoh pembedahan ialah pemandulan jantan dan betina untuk kucing dan arnab, prosedur mencuci luka, pembedahan tulang seperti membetulkan rahang kucing yang patah, serta pembedahan soft tissue seperti skin graft.

SARINGAN PENYAKIT BERJANGKIT KUCING


Antara penyakit kucing yang boleh disaring ialah:
Feline Panleukopeniavirus, FPV ( cat parvovirus )
Feline Leukemiavirus, FeLV
Feline Immunodeficiencyvirus, FIV (AIDS kucing)
Feline Coronavirus, FCoV ( FIP - virus kucing busung )
Feline Chlamydiosis
Feline Toxoplasmosis (virus yang menyerang saraf kucing)


RAWATAN HAIWAN KESAYANGAN



Kami menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit berjangkit seperti jangkitan kutu, cacing, bakteria dan virus serta penyakit lain seperti diabetes, jaundis, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

PROSEDUR X-RAY


Walaupun kami tidak mempunyai mesin Xray sendiri, kami boleh membawa kucing untuk prosedur Xray di tempat yang mempunyai fasiliti ini.
Antara kes yang memerlukan Xray adalah lumpuh, mengandung, sukar beranak, patah kaki dan sukar bernafas.

UJIAN DARAH


Kami mempunyai mesin ujian darah (blood test) dan mampu mengeluarkan keputusan ujian darah pesakit kami secepat 30 minit.

Antara ujian darah yang boleh dilakukan ialah:
 Ujian kuantiti sel-sel darah (hematologi)
Blood biochemistry test, terutama bagi mengetahui status kesihatan hati dan buah pinggang pesakit
 Blood-clotting test bagi mengetahui status pendarahan (bleeding) pesakit, terutama dalam kes keracunan
 Blood electrolyte test bagi mengetahui fungsi peparu serta kandungan oksigen pesakit, terutama dalam kes kecemasan

SURGERI & RAWATAN LASER


Kami mempunyai mesin laser diode di mana ia berfungsi untuk;
Melakukan surgeri supaya pesakit kurang sakit, kurang bleeding dan cepat sembuh, terutama dalam prosedur pemandulan
Menjalankan terapi laser untuk masalah kucing seperti radang mulut, luka serta masalah tulang belakang

PEMINDAHAN DARAH KUCING


Kami mempunyai lebih 7 ekor kucing penderma darah, bagi prosedur pemindahan darah kepada kucing yang menderita penyakit seperti virus Cat Parvo, parasit darah dan lain-lain permasalahan berkaitan kekurangan darah.
Prosedur pemindahan darah ini mampu meningkatkan kadar survivaliti kucing yang sedang tenat.

TERAPI STEM CELL




Kami menjalankan prosedur Stem Cell Therapy dalam kes tertentu kepada kucing, termasuk yang positif FeLV, sakit mata yang teruk dan hampir buta, serta yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Dengan menggunakan Platlet Rich Plasma (PRP) dalam prosedur ini, pesakit akan menemui harapan baru untuk sembuh dari penyakit terminal.

CRYOSURGERY


Kami menjalankan prosedur cryosurgery, iaitu surgeri menggunakan liquid nitrogen bagi merawat kes-kes seperti Sporothrichosis dalam kucing, serta ketumbuhan pada kulit.

PET PASSPORT DAN IMPLAN MIKROCIP



Kami adalah Veterinar Bertauliah yang diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bagi mengeluarkan Pet Passport.
Kami juga mempunyai fasiliti untuk memasang implan mikrocip kepada haiwan kesayangan, satu prosedur yang penting untuk pendaftaran haiwan dalam program Pet Passport dan juga import eksport haiwan kesayangan.


SEMINAR & BENGKEL



Kami menganjurkan beberapa seminar dan bengkel berkaitan penjagaan kucing. Kami juga pernah mengadakan coaching buat mereka yang memerlukan khidmat bimbingan secara intensif untuk menjalankan bisnes berkaitan haiwan kesayangan.
Antara seminar yang kami pernah anjurkan ialah;
Seminar C.A.T.C.A.R.E
Seminar Cat Grooming DIY