Saturday, July 5, 2014

ALHAMDULILLAH, ALLAH PANJANGKAN NYAWANYA.



Syukur. Syukur. Syukur.

Alhamdulillah. Ini adalah Parvovirus survivor, yang datang kembali hari ini untuk vaksinasi.

Walaupun kami agak terkilan kerana, rakan baiknya Maru tak dapat diselamatkan, tapi kami tetap bersyukur atas kelangsungan Puss.

Melihatkan riak kegembiraan keluarga Puss, membuatkan hati kami bertambah-tambah berbunga.

Puss menerima rawatan yang begitu agresif. IV drip, blood transfusion, ubatan suntikan dan makan. Juga makanan khas, Royal Canin GIT dan RC Recovery.

Dan sekali lagi, Usop menjadi penyelamat apabila darahnya digunakan bagi menyelamatkan Puss.

Kami pun agak terkejut dengan improvement yang ditunjukkan Puss.

Semoga Puss terus sihat dan saling bahagia membahagiakan keluarganya.

Kami doakan, seluruh keluarga Puss dilimpahkan rahmat Allah serta diperluaskan rezeki, kerana tidak berkira wang dan tenaga serta kasih sayang dalam proses pemulihan Puss.

Amin.