Wednesday, August 13, 2014

Tutup Operasi Untuk Tambah Ilmu.



Sebelum mengumumkan tarikh penutupan #honeyvets lagi, yang entah keberapa kali untuk bulan ini, kami ingin memohon maaf atas kesulitan ini.

Terutama buat klien-klien setia kami, yang kerap mengunjungi kami demi kucing kesayangan mereka.

Sebenarnya bermula tahun ini, untuk memperbaharui Lesen Amalan Tahunan (lesen yang membolehkan kami melakukan rawatan dan klinik beroperasi) kami, Vet Surgeon perlu mengumpul mata atau points.

Maka, dengan itu, kami perlu menghadiri beberapa seminar, bengkel atau konferens berkaitan.

Suka diingatkan, kehadiran kami ke konferens ini bukan semata-mata kerana points, malah juga untuk ilmu baru yang akan diperoleh. Ilmu ini In shaa Allah akan membantu dalam tugasan seharian kami serta meningkatkan efektiviti kami.

Oleh itu, kami akan TUTUP pada tarikh berikut:

+ 14 Ogos (esok)
+ 15 Ogos (lusa), dan
+ 16 Ogos (tulat)

Mohon doakan segala urusan menimba ilmu kami dipermudahkanNya serta dalam barakah.

Terima kasih atas 'understanding' kalian yang cukup kami sayangi.

Berjumpa kita lagi pada 17 Ogos (Ahad) nanti, ya.