Friday, October 31, 2014

HOTEL 5 BINTANG UNTUK KUCING




Salah satu impian kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan hotel kucing seperti di dalam foto ini.

Kredit foto buat http://www.theingsluxurycathotel.co.uk/

Kelebihan Cat Hotel sebegini ialah;

- kucing tidak stres kerana rasa seperti berada di rumah sendiri

- kucing bebas bermain di dalam bilik disediakan, bersama kucing serumahnya

- bilik yang luas serta kalis 'jiran' menjadikan penginapan mereka lebih tenang, kerana tak perlu rasa terancam dengan kucing asing.

Kucing yang menginap di sini akan menikmati makanan premium. Serta berpeluang dibelai manja dan berekreasi bersama personel yang bertugas.

Pemilik kucing pula dapat bercuti dengan lebih tenang, kerana mereka akan mendapat update setiap hari melalui sms atau social media. Dan mungkin juga mendapat akses kepada cctv di bilik hotel kucing mereka.

Jikalau sebelum ini, pemilik rasa gusar, gundah gelana meninggalkan kucing mereka di tempat boarding biasa yang bersangkar kecil, sekarang mereka akan lebih tenang dan teruja untuk pergi bercuti.

Mereka tahu bahawa kucing mereka juga seolah bercuti di Cat Hotel ini, dan ini mengurangkan rasa bersalah pemilik kerana meninggalkan mereka sementara.

Jadi, ada sesiapa impikan kucing mereka menginap di Cat Hotel sebegini?

In shaa Allah, HoneyVets akan bantu merealisasikan impian anda di masa akan datang.

Doa-doakan ya.