Saturday, January 24, 2015

5 Tahun Kematangan



Alhamdulillah, 2015 adalah tahun ke 5 kami di persada industri kesihatan haiwan kesayangan.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang menyokong kami sejak pembukaan kami, kami menyediakan sedikit insentif, yang kami harap sangat bermakna buat bakal penerimanya nanti.

In shaa Allah, mengikut perancangan, kami akan adakan cabutan bertuah untuk 3 klien bertuah setiap bulan.

Pemenang dipilih berdasarkan transaksi bersama kami di bulan tersebut.

Contoh;

Puan A ada membawa kucingnya, Sweety untuk vaksinasi di #honeyvets pada 3 Januari lepas, maka Puan A adalah bakal pemenang Januari.

Atau..

Tuan H akanmembeli 2 kampit besar 20 kg wood litter di #honeyvets pada 17 Februari akan datang, maka Tuan H bakal menjadi pemenang untuk bulan Februari.

Syarat: Setiap transaksi mempunyai resit rasmi daripada kami. Maka, tips untuk melayakkan diri adalah menerima dan request untuk resit di setiap pembelian atau pembayaran di #honeyvets.

* Termasuk pembelian online.

In shaa Allah, kami akan hadiahkan sesuatu yang personalized kepada pemenang.

Cabutan akan dibuat selepas setiap hari terakhir setiap bulan, dan pemenang akan dihubungi secara personal samada whatsapp atau panggilan telefon.

Semoga dengan cara ini, ukhuwah kami dan para klien, juga pesakit kami semakin akrab.

TERIMA KASIH semua!!