Sunday, March 1, 2015

Peneman Melipat Baju.



Sesekali ditemani budak berbulu ni, longgar sedikit stres mengurus anak-anak dan rumahtangga, serta bisnes. Merang ni, kami jarang bagi keluar dari bilik mereka. Sebab dia ni bijak semacam. 


Kami pakaikan dia dua loceng, tapi dia boleh berjalan turun naik tangga tanpa sedikit pun loceng itu berbunyi. Baru-baru ni, di #honeyvets ada beberapa kes trauma, yang disebabkan kucing tersebut bebas keluar. Ada yang keracunan, ada yang patah dua tulang ketingnya, dan macam-macam lagilah.

Kakau si Merang ni terlepas keluar, kami akan seriau, histeria dan sebagainya. Selagi tak jumpa dia, kami meroyan. Risau jadi apa-apa yang buruk pada dia. Lagipun, di area kami tinggal ni, ada banyak anjing liar.

Bila kucing dah eksiden, trauma, cedera teruk, masa tu kita akan sedih, risau dan kena keluar tenaga dan wang yang lebih untuk rawat mereka. Itu, kalau mereka tak mati. Kalau mereka mati, sedihnya menusuk jiwa, menikam kalbu, dan akan menghantui kita selamanya. 


Itu yang tak best. Berhari-hari mood hilang h tuk buat apa-apa kerja, fokus lari, emosi terganggu dan sebagainya.

Jadi, kami mengambil langkah berjaga-jaga. Walaupun nampak macam mereka ni terseksa jiwa raga, duduk terkurung dalam rumah sahaja, tetapi kalau itu yang terbaik buat mereka dan kami, itulah yang kami akan buat. 


Cukup-cukuplah trauma dahulu debgan Cik Gebu yang terburai perutnya, menjadi mangsa anjing liar, sebab dibiarkan bebas keluar rumah.