Tuesday, April 15, 2014

KUCING HILANG SELEPAS PINDAH RUMAH




Berikut adalah tips bagi mengelakkan perkara di atas dari berlaku;

+ Pada hari perpindahan, kurung kucing di dalam sebuah bilik dan sediakan makanan, air, tandas serta satu perabot sebagai tempat persembunyian. Juga, letakkan carrier di dalam bilik tersebut dengan pintu carrier dibuka.

+ Pasangkan Feliway Diffuser di rumah yang baru 48 jam sebelum kucing dibawa ke situ, supaya kucing lebih mudah menerima dan selesa di rumah tersebut

+ Kemaskan satu bilik dahulu, seeloknya bilik tidur (terutama jika kucing suka lepak di bilik tidur) supaya kucing boleh berehat dan bertenang selepas perjalanan di dalam kereta

+ Jika mahukan kucing berjalan-jalan di luar rumah, elok lakukannya ketika kita ada untuk pengawasan. Lepaskannya bermain di luar sejurus sebelum waktu makan mereka

+ Penting untuk memastikan kucing sudah dipasangkan mikrocip sebelum berpindah, supaya lebih mudah untuk mengesannya jika ia hilang.

Bantu kucing 'melekat' di rumah baru >>http://on.fb.me/1gK9qXA<<

Menurut Gary Landsberg, presiden American College of Veterinary Behaviorists, produk Feliway membantu mengembalikan selera kucing serta mengurangkan sikap mengembara kucing, apabila berpindah rumah atau berada di tempat baru.

Bantu kucing 'melekat' di rumah baru >>http://on.fb.me/1gK9qXA<<

In shaa Allah, gejala kucing lari dapat dikurangkan.