Thursday, October 27, 2016

10 mesej disebalik bunyi MEOW...

Fahami 10 bahasa kucing ini

Maksud bahasa kucing ini adalah 'meow'. Apakah mesej yang cuba disampaikan kepada kita sebenarnya?


Ada yang lucu dan ada juga yang agak keterlaluan. Anda akan lebih faham selepas membaca artikel ini


Fakta - Kucing hanya mengiau kepada manusia untuk berhubung. Mereka tidak akan berkomunikasi sesama mereka dengan cara ini.

Jadi kenapa kucing hanya mengiau kepada manusia sahaja? Kenapa?

Meow #1 “Saya lapar”
- Kucing mengiau kepada kita bila mahukan makanan. Kerana, sebelum ini kita beri dia makan bila mereka mengiau menghampiri kita.



Meow #2

“Saya sakit”
- Sesetengah kucing sakit akan mengiau lebih kerap dan lebih kuat.



Meow #3

“Hai Mama”
- Bila kita balik dari kerja, buka sahaja pintu rumah, kucing akan mengiau menegur kita. Mereka nak sambut kita pulang dengan gembira.



Meow #4

“Layanlah saya”
- Bila kita sedang menonton TV, kucing datang dan mengiau kepada kita.

Mereka minta kita luangkan masa untuk main dengan mereka, ataupun usap mereka.



Meow #5

“Saya nak masuk”
- Pernah tak kucing mengiau dengan kuat depan pintu bilik kita?

Ini kerana kucing mahu masuk dan mahu tidur dengan kita.

Meow #6

“Saya tengah miang”
- Bila musim mengawan,
kucing akan mengiau dengan kuat, mengeluarkan suara soprano.

Kebanyakan masa, kita tak boleh tidur malam
bila mendengar ngiauan mereka yang sangat kuat ni.

Meow #7

“Saya tengah marah ni!”
- Kucing yang tengah marah akan mengiau dengan kuat.

Contohnya, bila orang terpijak ekor mereka.

Meow #8

“Saya sunyi”
- Kucing yang bersendiri akan mengiau secara berlebihan.

Ini kerana mereka menjadi bimbang ditinggalkan bersendirian apatah lagi dalam satu tempoh yang panjang.

Meow #9

“Saya stress!”
- Contohnya, apabila kita bawa mereka naik kereta sedangkan mereka tak biasa.

Bila sedang stres tu, kucing akan mengiau dengan kuat.

Meow #10

“Saya semakin tua”
- Bila kucing semakin tua, kucing jadi nyayuk.

Mereka juga menjadi semakin mudah bimbang. Disebabkan itu, mereka akan lebih banyak mengiau (membebel).