Wednesday, January 18, 2017

Dr., kenapa kucing saya tak nak makan biskut (kibbles) dia sangat dan lebih sukakan wetfood?

Jawapan,

Ada beberapa faktor yang buatkan kucing jadi begitu. Antaranya,

🐈    kucing sakit gigi
🐈    dalam mulut kucing bengkak dan sakit
🐈     kucing ada hairball
🐈    kucing dah terbiasa dengan wetfood
🐈    kucing dah tua, gigi dah tak banyak

Jadi, apa nak buat bila kucing kurang nak makan kibbles?

Cuba kurung dan puasakan dulu kucing selama 8 jam. Kemudian beri semangkuk kibbles.
Tengok cara dia makan.

Ada tak kucing menghidu dengan penuh minat, cuba nak makan kibbles, tapi tiba-tiba terhenti niatnya?
Kalau jadi macam ni, maknanya kucing tu mungkin sakit mulut dan sakit gigi.

Kalau dia makan kibbles tu laju je, tak lama lepas tu dia termuntah balik kibbles, itu mungkin sebab dia ada hairball.

Kalau kucing tu sanggup tak makan kibbles tu, maknanya kibbles tu memang bukan taste dia. Mingkin kita boleh cuba rendam kibbles dengan air masak, dan kemudian tengok apa respon kucing tu.

Kalau kucing takde gigi, biasanya bila dah lapar dan takde pilihan, dia cuba juga makan kibbles tu tapi kita akan nampak kucing tu susah nak mengunyah.

Oklah. Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat catparents di hari Rabu malam Khamis ini.