Friday, March 3, 2017

Apakah Saringan Awal Ujian Darah?


Saringan Awal Ujian Darah
Dari ujian ini anda boleh tahu;

i. Adakah sel DARAH MERAH kucing anda mencukupi atau tidak?
- Kekurangan darah adalah penyebab kucing kurang aktif dan menyebabkan mudah dijangkiti virus.

ii. Boleh tahu, dalam badan kucing tu ada jangkitan kuman atau tidak?
- Supaya anda boleh tahu kenapa sebelum ni jika ada sakit, kucing anda akan lambat sembuh.

iii. Dapat tentukan jika terdapat jangkitan kuman dalam darah kucing baru jadi atau dah lama?
- Kesan awal supaya dapat tahu sejauh mana jangkitan yang ada telah merebak. Kerana, jika melibatkan organ penting yang lain peluang kucing anda untuk sembuh adalah tipis.

iv. Boleh tahu, kucing anda ada allergik atau tidak?
- Hasil kajian pakar mengatakan - 'Kucing juga boleh mendapat reaksi alergik terhadap makanan harian yang dimakan'. Penting untuk anda tahu supaya dapat menentukan makanan yang sesuai untuk kucing anda.

v. Boleh detect kucing anda ada MALARIA KUCING / FIA atau tidak?
- Kucing bila ada penyakit ni, mereka akan demam panas, pucat lesi dan monyok. Dan kemungkinan besar kucing yang ada FIA ni ada jangkitan virus lain yang berbahaya dan boleh membawa MAUT.

vi. Boleh tahu samada kucing anda ni, cukup pembeku darah (platelet)
- Platelet ini membantu kucing MEMPERCEPATKAN proses pemuliharaan luka-luka kecil supaya terhindar dari jangkitan luar yang lebih bahaya pula.






KLIK ke WhatsApp