Friday, March 3, 2017

Apakah Saringan Awal Ujian Darah?


Saringan Awal Ujian Darah
Dari ujian ini anda boleh tahu;

i. Adakah sel DARAH MERAH kucing anda mencukupi atau tidak?
- Kekurangan darah adalah penyebab kucing kurang aktif dan menyebabkan mudah dijangkiti virus.

ii. Boleh tahu, dalam badan kucing tu ada jangkitan kuman atau tidak?
- Supaya anda boleh tahu kenapa sebelum ni jika ada sakit, kucing anda akan lambat sembuh.

iii. Dapat tentukan jika terdapat jangkitan kuman dalam darah kucing baru jadi atau dah lama?
- Kesan awal supaya dapat tahu sejauh mana jangkitan yang ada telah merebak. Kerana, jika melibatkan organ penting yang lain peluang kucing anda untuk sembuh adalah tipis.

iv. Boleh tahu, kucing anda ada allergik atau tidak?
- Hasil kajian pakar mengatakan - 'Kucing juga boleh mendapat reaksi alergik terhadap makanan harian yang dimakan'. Penting untuk anda tahu supaya dapat menentukan makanan yang sesuai untuk kucing anda.

v. Boleh detect kucing anda ada MALARIA KUCING / FIA atau tidak?
- Kucing bila ada penyakit ni, mereka akan demam panas, pucat lesi dan monyok. Dan kemungkinan besar kucing yang ada FIA ni ada jangkitan virus lain yang berbahaya dan boleh membawa MAUT.

vi. Boleh tahu samada kucing anda ni, cukup pembeku darah (platelet)
- Platelet ini membantu kucing MEMPERCEPATKAN proses pemuliharaan luka-luka kecil supaya terhindar dari jangkitan luar yang lebih bahaya pula.






KLIK ke WhatsApp

Thursday, February 23, 2017

SELSEMA KUCING BOLEH MEMBAWA MAUT - Cegah awal











Adakah kucing anda sedang dijangkiti selsema ketika ini?
Macam mana nak kenal pasti selsema kucing?
Selsema kucing anda masih tak baik-baik walaupun dah
terima rawatan?

'72jam adalah tempoh normal untuk selsema pulih'

Walaupun dah pernah dapat segala macam rawatan.
Antibiotik, ubat selsema, multivitamin, you name it,
semua dah bagi pada kucing, selsema dia tetap come
and go.

Kemungkinan besar kucing anda telah dijangkiti virus
Feline Infectious Peritonitis (F.I.P). Virus ini bertindak
dalam senyap seperti bom jangka yang akan meletup
pada bila-bila masa. Ianya adalah jangkitan virus yang
boleh merebak melalui genetik.Anda tak akan dapat
mengenal dengan pasti F.I.P selagi ujian darah tidak
dilakukan.

Perhatikan simptom-simptom jelas yang kami sediakan.

Sila ambil serius perkara ini.



Tanda #1

"Hidung kucing asyik berair je" 


takde langsung tanda-tanda akan baik.
Biasanya hingus akan mengalir aje macam air.
Ini adalah peringkat awal selsema.

Ini adalah selsema biasa untuk kucing.



Tanda #2

Selsema lebih pekat dan sering bersin sampai tersembur 
hingusAda yang sampai tersembur sampai terkena anda. 
Jika dah tahap begini, asingkan. Kuarantin kucing selsema 
dengan yang lain. Virus akan cepat merebak dalam keadaan ini.


Tanda #3
"Dah bawa jumpa Vets, tapi selsema datang balik lepas
ubat habis"

Jika kucing anda menunjukan tanda-tanda seperti di atas. 
Kemudian selsema bertukar menjadi semakin pekat. 
Segera lakukan pemeriksaan di klinik haiwan berhampiran.


P/s: Jangan tangguh lagi!
Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa 
kucing yang berada dalam peliharaan anda.


[ Tonton VIDEO ]
Anda akan lebih jelas punca kenapa selsema kucing
masih tak berhenti lepas rawatan.



Bimbang dengan keadaan selsema kucing anda
yang masih tak berhenti?

Bimbang sekiranya selsema ini menjadi lebih teruk 
dan berjangkit?

Sertai kami dalam program

'Sehari Bersama Doktor Kucing Anda'

Jika YA,
Klik gambar di bawah.



Baca juga : Apakah itu saringan awal ujian darah?


Tuesday, January 24, 2017

Berapa berat kucing yang dikira sebagai obes?



"Kucing saya tak gemuk, hanya gebu je..."

Haha,
ini adalah contoh alasan biasa yang kami jumpa. Ramai yang keliru atau
tak tahu lansung macam mana nak kategorikan kucing mereka.

Macam mana nak tahu?
Kucing dikira masuk dalam kategori obes bukan takat pada berat sahaja. 
Tapi sebenarnya kena kira BMI kucing tu.

Sama macam manusia, kita ambil kira tinggi dan berat badan untuk tentukan 
samada kita ni kategori badan kurus, sederhana atau obes.

Cumanya kucing tak lah kita ambil kira tinggi atau panjang badannya. 
Pengiraan tu tak tepat setelah dikaji dan diuji berkali-kali oleh para saintis.

Jadi, apa pengiraan yang tepat tu?

Sebelum tau apa jawapannya, kita tengok dulu apa bahaya kucing yang 
dalam kategori obes ni.

Kucing obes berisiko;
🐈 Mendapat penyakit kencing manis
🐈 Mendapat masalah jantung
🐈 Mengalami masalah sukar bernafas
🐈 Tulang belakang akan mudah cedera
🐈 Berisiko menghadapi masalah sendi
🐈 Malas bermain dan bergerak, kecuali untuk makan

Kan bahaya tu kalau kita biar kucing kita dalam kategori obes? 
Sebenarnya, untuk kira BMI kucing ni ada formulanya.

Apa yang penting ialah ada 2 perkara utama untuk tentukan BMI kucing iaitu;
😼 Ukur lilit pinggang kucing
😼 Panjang dari kepala lutut ke tumit

Perasan tak berat badan tak termasuk langsung dalam formula tu?
Berat kucing tak penting pun untuk BMI kucing. TAPI, berat kucing 
penting untuk pantau kesihatan kucing dari semasa ke semasa.

Bila berat badan kucing turun mendadak atau naik mendadak, itu maknanya 
kemungkinan besar kucing kita ada masalah kesihatan yang teruk.

Jadi catparents semua, jom pantau berat badan kucing setiap bulan. 
Catit pada kalendar di rumah atau dalam smartphone masing-masing. 
Kalau ada kucing di rumah yang turun 1kg dalam sebulan, itu bermakna 
'something wrong somewhere'

Cepat-cepatlah bawa pergi cek sebelum terlambat.

Ok, sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat catparents pada kali ini.
😸😸😸

Saturday, January 21, 2017

Dr., kenapa mata kucing saya merah-merah?


Jawapan,
Jika mata kucing menjadi merah dan bengkak, kemungkinan besar kelopak mata kucing tersebut sudah dijangkiti kuman.
.
Apa kuman yang boleh menyebabkan mata kucing sakit?
.
Sebelum kita tau apa kumannya, eloklah kita tau apa jenis-jenis masalah mata kucing dulu ye.
.
Ada beberapa jenis masalah mata kucing yang kita perlu tahu,
.
🐈    kelopak mata atas dah bawah yang bengkak dan kemerahan
🐈    kelopak mata ketiga tidak terbuka sepenuhnya
🐈    permukaan bebola mata berselaput
🐈    permukaan bebola mata ada luka
🐈    bebola mata membengkak
.
Lain masalah mata kucing, lain puncanya.
Jadi, sebelum memberi apa-apa rawatan kepada kucing, Vet mesti cek dengan teliti mata kucing tu dulu.
Jika tidak, mata kucing tu berpotensi buta jika tersalah beri rawatan.
.
Antara kuman penyebab sakit mata kucing,
πŸ™€    herpesvirus yang menyebabkan kucing juga ada selsema
πŸ™€    FIP virus yang juga menyebabkan selsema kucing
πŸ™€    Chlamydia yang boleh berjangkit kepada manusia
πŸ™€    Pseudomonas yang juga boleh menjangkiti manusia
.
Ini baru cerita pasal kuman yer. Ingat ye, tak semestinya kuman sahaja boleh menyebabkan kucing sakit mata.
.
Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat di petang Rabu ni. πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Wednesday, January 18, 2017

Dr., kenapa kucing saya muntah-muntah?

Jawapan,
Mungkin kucing tu tengah mengalami perkara berikut,


🐈 kucing tu ada hairball besar dalam perut dia
🐈 kucing tu ada masalah hati rosak contoh dalam kes demam kuning
🐈 kucing makan terlampau gelojoh
🐈 kucing tersalah makan bendasing contohnya benang
🐈 kucing ada jangkitan dalam saluran penghadaman contohnya Parvo
🐈 kucing ditukarkan makanan secara tiba-tiba, contohnya semalam makan jenama W, hari ni makan jenama R
🐈 kucing termakan benda beracun untuk mereka, contoh racun tikus
Ada beberapa jenis muntah kucing seperti;

πŸ™€ jenis makanan tak hadam dan bau tak la busuk sangat, contoh kalau kucing makan kibbles, kita boleh nampak muntah tu berupa kibbles yang basah
πŸ™€muntah jenis berupa makanan yang dah hancur diblender dan dicampur air, bau masam sikit
πŸ™€ muntah jenis air berlendir, berbuih sikit, berwarna kuning dan baunya sangat masam
πŸ™€muntah jenis cairan berwarna hijau, berlendir dan bau agak hanyir
πŸ™€muntah jenis coklat gelap berlendir, berbuih dan ada bau macam darah

Apa nak buat kalau kucing muntah?

Ambik gambar muntah kucing dan sediakan kucing untuk di bawa ke Vet secepat mungkin.

Jika tak sempat ambik gambar, ingat rupa muntah dan tengok mana satu jenis muntah seperti di atas.

Bila Vet tanya pasal muntah kucing, jawab sespesifik mungkin. Dan, komfem Vet akan tanya tentang najis kucing tu jugak. Jadi, jangan lupa perhati najis kucing tu.

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat catparents di pagi Ahad ini.

☺️☺️☺️