Hmmm...tak lama lagi satu batch vet akan grad. Bertambah ramaila kaum2 vet di Malaysia (Alhamdulillah). Aku wish diorang good luck untuk comprehensive exam yg dah dekat tu..sebut pasal freshgrad junior, teringat plak kisah aku baru berhijrah dari Miri ke Semenanjung balik.
Kami ada apply kerja kat satu klinik kepunyaan seorang doktor vet melayu di selangor. Alhamdulillah dapat, 1st impression kami pada bos ni; bertanggungjawab, ikhlas, jujur dsb yg baik2. yang bestnya kat sini, customer majority melayu, patients plak comel2, assistant very the helpful. kami start keje pertengahan April 2009.
Nak dijadikan cerita, agak2 dalam 2 minggu aku keje, bos nak ambik freshgrad junior kerja untuk dia, bukan sorang tapi 3. aku tak kesahla kan, bos yang bayar gaji...and Of course la, aku ni yang kene train diorang. Tu pun aku tak kisah sangat lagi walaupun bos tak bawa berbincang pasal bender ni..mesti korang pelik kan? Kenapa bukan bos sendiri yang train diorang? Sebabnya bos tak reti hands on..injection, surgery, diagnosis, medication tu semua dia dah lama tak buat. Sebabnya (banyak btol sebab,hihi), dia lama keje dgn gomen (??? Governmentla, hehe). Pendek ceritanya, bos aku ni walaupun dah bukak klinik vet dah lama tp yg treat patients bukannya dia tp vet yang dia gajikan. ( sabar Nurul sabar)
Junior2 aku ni pun sama macam aku dulu, walaupun dah grad, slagi belom convo, diorang takder APC (refer post sebelum ni). Jadi, untuk mengelakkan aku yang dikenakan tindakan undang2, aku dah nasihatkan diorang supaya tak memandai bagi consultation, buat treatment, bagi injection dan presrciption and do surgery tanpa supervision senior vet yang bertugas. Mungkin bagi sesetengah orang or vet sendiri, benda ni tak penting. tp, bg aku plak apa2 yang bleh mengancam masa depan aku, baik aku elakkan sebelum terkena.
So, satu hari tu, waktu aku nak keluar ambik anak kat nursery, tiba2 customer ada. Aku and husband dah kindly bg tau customer untuk tunggu sekejap sampai kami balik untuk cek kucing dia. Customer tu very understanding and mengangguk setuju. Husband aku shift sampai malam, aku sampai jam 7, kiranya lepas ambik anak, aku terus balik. Sampai jer husband kat klinik, dia nampak customer td dah bayar and dapat ubat. so, dia tanyala sapa cek kucing tu? tak lain tak bukan vet baru aka junior kami tu la..terus mendidih darah suami aku waktu tu. dia terpaksa tahan kucing tu, cek lagi skali and bagi ubat yg betul. FYI, kami tak dapat sebarang call dr junior tu untuk tanya apa yg patut before dia bg prescription. Bengang sgt!!
Peristiwa malam tu banyak mengubah suasana bekerja di dlm klinik tu. Assistant plak nampak gayanya memihak pada junior kami, tambah2 lagi assistant manager- si Polan ( yg kurang pandai dalam bab2 vet nih walaupun dia adalah adik owner klinik ni!). Si Polan ni plak sejak hari tuh telah memprovokasi kami dari belakang (takut nak berdepan) pasal hal2 APC ni...kami dapat menahan sabar hanya beberapa hari. Setelah tidak tahan diprovokasi dari belakang (disindir bertubi2), kami pun buat keputusan untuk MELETUP.
Upacara MELETUP ni bukanla scenery yang baik untuk kanak2 mahupun dewasa yang tak paham situasi sebenar. Ini membuatkan big bos terpaksa turun padang bersama permaisurinya untuk meredakan LETUPAN tersebut (thrill tak kisah ni setakat ni?). Kami nak face to face dgn semua cadangnya masa big bos ada tuh, tp tak kesampaian...terpaksa settle dgn big bos and the wife jek...(lu pikirla sendiri kenapa).
So, hal APC dibangkitkan menjadi isu yang sangat HANGAT (lebih hangat dari biasa). Apa yang mEnyedihkan, respon yang kami terima ialah, "takder APC BUKANNYA MELANGGAR HUKUM2 TUHAN". SEDIHNYA APABILA SEORANG iSLAM MENGGUNAKAN ALASAN INI UNTUK MENUTUP KESALAHAN YANG DIA RASAKAN BETUL. So, renung2kan....
Coretan ini ditulis bukan untuk mengungkit, membalas dendam atau memalukan sesiapa (siapa makan cili dia terasa pedasla), tp untuk mengingatkan pada rakan seperjuangan aku sekalian yang TOLONGLA jangan ulangi kesilapan seperti di atas. bagi aku, ini satu penganiayaan pada patients dan ownernya. bayangkan kalau kucing tadi tak di cek sekali lagi dan balik dengan ubat yang salah. Nyawanya mungkin bertahan 2-3 hari je...adakah wajar kia menggunakan alasan BUKAN MELANGGAR HUKUM TUHAN kalau kucing tersebut mati tersalah makan ubat. Adakah kita dapat menggantikan balik 'kerugian' yang ditanggung tuan empunya kucing?
Moral of the story: sabar itu separuh dari iman dan gelojoh itu tak senonoh. Renung2kanlah....