Thursday, April 15, 2010

AWAS! Adakah vet anda bertauliah?

Amaran ini adalah untuk semua pengguna-pengguna di Malaysia serta peminat dan pemilik haiwan kesayangan. Berhati-hati apabila membawa haiwan peliharaan anda berjumpa doktor haiwan. pastikan doktor haiwan anda berkelayakan dan bertauliah. Ketahui hak anda sebagai pengguna, jangan biar diri anda diperdaya.
Saya telah mendengar banyak berita yang kurang menyenangkan untuk halwa telinga. Pemilik haiwan membayar servis yang sepatutnya dilakukan oleh profesional kepada golongan yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan pada jalan yang saya labelkan sebagai HARAM.

Golongan yang tidak bertanggungjawab ini adalah orang biasa yang membuka klinik haiwan dan kebanyakannya mengaku dia adalah doktor haiwan. Walaupun mempunyai pengalaman yang banyakla sangat setelah berkhidmat dengan kerajaan di jabatan haiwan sebagai pembantu veterinar, tidak semestinya mereka benar2 tahu merawat haiwan. Sanggupkah anda membawa anak anda pada doktor yang tidak bertauliah dan tak diakui oleh kementerian kesihatan? Jadi, renung2kanlah...
Salah satu berita yang saya dengar, sebuah klinik haiwan yang dipunyai oleh bukan seorang doktor veterinar di Shah Alam yang pernah memasuki rancangan televisyen telah mengenakan customernya charge profesional untuk pemandulan seekor kucing. Padahal kucing itu telah dibawa ke SPCA untuk dimandulkan dengan charge RM50. Jadi, orang yang tidak bertanggungjawab ini telah mengaut keuntungan atas angin sebanyak RM 100-150. Pemilik kucing ini pula tidak sedar yang dia sebenarnya telah ditipu hidup2.

Dan ada sejumlah lagi orang2 yg tak bertanggungjawab ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Maka, anda semua diseru agar berhati-hati. Sedangkan vet sendiri ada yang cuai dan tidak menjalankan tanggungjawab dgn baik, inikan pula orang yang tak diiktirafdan tidak mendapat ilmu yang sewajarnya.
Oleh itu, anda semua dinasihatkan agar berwaspada. Tahu hak anda sebagai pengguna. Minta vet anda untuk menunjukkan certificate amalan tahunan (APC) mereka dan selalulah cek dgn JPV untuk mengetahui senarai nama Vet2 yang diiktiraf.  Jangan sampai anda tertipu. Tidak lama lagi pet passport dan pet insurans akan diwujudkan. Hanya vet yang diiktiraf sahajyang boleh turut serta.

Ini adalah contoh APC
 
Jadi, kalau anda mahu pet anda dicover oleh syarikat insurans, sila bawa pets anda hanya kepada vet yang bertauliah dan diiktiraf sahaja.