Impian aku dan suami untuk mempunyai bisnes sendiri hampir tercapai. Setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Illahi. Tetapi, hanya Tuhan yang tahu betapa susahnya untuk mencapai impian kita apalagi kita ingin melakukannya mengikut saluran yang betul. Ada sahaja dugaan yang muncul tiba2 dan benar2 menguji kesabaran.
Pelbagai rintangan yang datang harus ditangani dengan sabar dan tabah. Pelbagai kerenah dan ragam harus ditempuh sebelum apa yang dihajati tercapai. Aku pernah terdengar kata2 'bukan semua orang mampu menjadi usahawan'. Sekarang baru aku benar2 faham maksudnya.
Kami sedang menghitung hari untuk mencapai impian kami yang satu ini. Dan kami takkan berhenti setakat ini sahaja. Ada lagi impian seterusnya yang ingin dicapai. Kami percaya dalam hidup ini, kita kena sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan dan sentiasa cuba berusaha menjadi lebih baik dari sekarang.
Doakan kami menjadi usahawan yang berjaya dan juga dapat menyumbang kepada bangsa, agama dan negara. Amin..