Setahun lepas, aku penah keje kat satu klinik haiwan ni. Dan ada satu lagi cawangannya di kawasan lain tetapi hanya menjual haiwan2 dan barangan haiwan sahaja termasuk kucing.
Satu hari, ada seorang wanita yang selepas ini aku panggil kakak, datang ke klinik dan bawa seekor kucing hitam DSLH yang sakit cat flu. Aku pun tanya history dan akhirnya aku dapat tahu yang kucing ni baru dibeli dengan harga RM200 dari cawangan ini. Pelik tetapi benar, kakak ni beli kucing ni sebab murah dan dia sebenarnya tahu kucing ni tengah sakit before dia beli.
Tanda tipikal kucing yang menghidap cat flu.
Aku pun membuat pemeriksaan ke atas kucing ni mendapati suhu badannya tinggi (demam). Kucing ni jugak kotor dan kurus. Terdapat banyak tahi mata dan matanya ada radang. Hidung pulak banyak hingus hijau (dah ada secondary infection). So sahlah kucing ini dah dijangkiti virus cat flu dan berkemungkinan besar tidak pernah divaksin.
Dalam aku membelek kucing ni, aku sempat menasihati kakak ni supaya dia elakkanlah membeli kucing sakit lain kali. Kadang-kadang kita ni senang sangat terpedaya bila ada 'sale' dan diberi jaminan contohnya, "kalau kucing ni sakit bawa je kat klinik, kos rawatannya nanti FOC".(??????)
Aku pun buatla apa yang patut. Aku bagi 2 injection. baru je aku nak cucuk kucing tu, kakak ni dengan muka panik tanya, "takpeke cucuk kucing ni? tak matike dia?". Adoi....ni yang payah ni..."Kak, saya tak penah tengok kucing mati kene cucuk. Lagipun, kucing ni lagi cepat baik kalau bagi injection dan pil sekali". Aku tengok kakak ni telan air liur je bila dengar aku cakap macam tu...
Sejam lepas tu, kakak ni datang balik bawa kucing tu. Aku terdengar dia cakap pada assistant," kucing ni jadi camni lepas doktor injek". Hmmm...nampaknya aku ditembak dengan tuduhan melulu ni..Aku pun terus bawa kucing tu masuk bilik examination. Kucing ni dah macam orang sakit Parkinson. Air liur pulak meleleh-leleh dan lidah terjelir. Terus aku capai termometer dan lepas seminit tercatat 40oC kat situ. Aku dah agak dah!
"Kakak ada tinggalkan kucing ni dalam kereta ye tadi?", aku tanya untuk dapat kepastian. Tapi pembohongan yang aku dapat," takde, kucing ni jadi camni dalam perjalanan ke putrajaya tadi. Terus akak patah balik." Mana ada logika pergi putrajaya dari bangi dengan kereta sampai satu jam perjalanan? Kalau dah sampai putrajaya and then patah balik pun takkan sampai sejam kalau jalan clear. Time dia balik tadi pun bukan time jalan jam!
Sebenarnya kucing ni kene heat stroke. Aku pun korek punya korek sampai dia mengaku (dah macam polis da..). Memang dia ada tinggalkan kucing tu dalam kereta sementara dia lunch. "tapi kakak letak dia kat seat belakang, ada bukak tingkap skit". Adoi, masih nak cover2 lagi? Apala salahnya kalau dia terus terang je tadi? senang cerita.
Berbalik pada kucing tu, kalau lambat mesti dah mati. Sebabnya dah ada tanda2 saraf (nervous signs) dia kene efek bila dia shaking macam orang sakit Parkinson. Air liur yang meleleh dan lidah terjelir bermakna badan kucing tu tengah berusaha membuang haba berlebihan dari badan. So, apa yang kitorang buat, kitorang letak ais kat seluruh badan kucing tu especially kat kepala dia. Lepas, beberapa tough minutes, suhu dia turun kepada normal dan beberapa jam lepas tu, dia dah ada selera nak makan. Huih...lega.
Apa yang aku try nak bagi tau kali ini ialah:
- Please elakkan diri anda diperdaya dan terpedaya dek janji2 manis dan tarikan sale oleh penjual. (especially penjual pets). pastikan kucing yang anda nak beli tu ada vaksinasi!
- Elakkan meninggalkan haiwan anda di dalam kereta di cuaca panas terik. bayangkan kalau anda adalah kucing tadi..
- Elakkan memberi tuduhan melulu apatah lagi tanpa sebab yang anda tak pasti.
- Elakkan berbohong untuk menyembunyikan kesilapan diri apatah lagi dalam saat2 emergency. Berterus terang lebih memudahkan keadaan.