Monday, April 5, 2010

PENANGAN H1N1

Tanpa sedar, lebih setengah tahun aku tukar status dari menjadi wanita berkerjaya kepada suri rumah. Dan InsyaAllah tak lama lagi status sekarang ni akan bertukar menjadi seperti dulu lagi. Sekarang aku tengah dalam usaha mencapai satu lagi impian dalam hidup.

Ini semua disebabkan dek H1N1. Sekarang ni gelombang kedua H1N1 dah tiba. So, semua kene hati2 jangan sampai dijangkiti. Pada siapa yang ada pets especially cats, H1N1 ni ada potensi untuk berjangkit dari manusia ke kucing. So, hati2 untuk tak menyebarkannya pada ahli keluarga dan juga si comel tu.
Bulan puasa yang lepas, aku terpaksa memohon cuti tanpa gaji daripada bos sebab nak elak risiko kene virus ni. Tiap2 hari aku kene travel jauh dari Rawang ke Shah Alam. Perjalanan yang bermula dari 6.30 pg hingga 9.30 pg setiap hari kecuali off day sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Biasanya, aku tak sempat menjamah apa2 pun untuk mengalas perut sebelum memulakan kerja pd 10 pg. Inilah tanda passion aku pada kerjaya aku. Tapi, macam mana pun, bila dah berkeluarga, tak bolehla nak pentingkan diri saje...suami dan anak kenela difikirkan jugak.

Lagipun, time tu aku tengah pregnant dalam 5 bulan. Lagila berisiko tinggi. Pada masa yang sama, aku risau jugak dengan Farouq yang 6/7 hari dalam seminggu dihantar ke nursery. Nampak tanda2 stres kat dia bila pg jd org pertama yg dihantar dan malam plak jadi org terakhir yg diambil dari nursery tu. Dan sejak dihantar ke situ, Farouq selalu dapat batuk dan selsema yang lambat nak baik. Risiko untuk farouq dapat virus ni pun tinggi jugak.

So, aku rasa keputusan untuk bercuti rehat dalam bulan puasa yang tentunya lebih stres adalah satu keputusan yang betul. Aku rasa berbaloi dengan pengorbanan yang aku dah buat. Sudahnya, aku terpaksa menyambung cuti dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja sehinggalah aku melahirkan anak.

Walaupun bajet family waktu tu agak lari, tapi Maha Suci Allah, kitorang dapat survive jugak dan menyambut raya dengan happy walaupun dalam keadaan yang sgt sederhana. Syukur...

Tapi, tak semua orang faham dan dapat menerima keputusan aku. Ada orang merasakan apa yang aku buat tu telah menyusahkan mereka. Aku sangka mereka faham keadaan aku, tapi aku silap. Mungkin mereka belum pernah mengalami apa yang aku lalui. 

Bagi aku, family lebih penting dari orang lain. Soal rezeki pun Tuhan yang tentukan bukan manusia lain. Aku percaya satu hari nanti aku dapat fokus dalam career dan tanpa abaikan family. Aku harap Allah meluaskan pintu rezeki pada aku setelah aku berkorban. InsyaAllah...

Setinggi syukur aku panjatkan pada Illahi kerana mengurniakan aku seorang suami yang amat memahami dan supportive. Dia sangat sabar melayan kerenah aku dan menjadi pemberi semangat aku yang setia. Semoga Allah menyatukan kami sehingga akhir hayat. Amin.


Walaupun H1N1 telah membuatkan aku terpaksa meninggalkan kerjaya yang aku sayangi buat sementara, tetapi ada hikmah yang lebih besar disebaliknya. Dan inilah penangan H1N1 yang aku rasa. Ada yang lebih baik menanti....