Hari ni saya nak berkongsi cerita bagaimana saya boleh menamakan klinik dan pet shop saya dengan nama HONEY. Anyway, HONEY jika diterjemah ke B.Melayu bermaksud sayang atau madu.
Sepanjang saya bekerja sebagai vet, saya telah berpengalaman merawat haiwan yang dipunyai client yang datang dari pelbagai latar belakang dan bangsa. tapi, ada satu persamaan yang saya perasan client2 ini ada. Persamaan ini adalah, setiap kali mereka mahu menenangkan haiwan kesayangan mereka terutama kucing dan anjing semasa diberi suntikan, mereka akan pujuk si comel dgn memanggil 'sayang, sayang'. So, pada mulanya 'sayang2' adalah nama pilihan. Tetapi, saya rasa ragu2 sbb macam tak cukup X-factor.
Jenuh saya memerah otak, mencari nama yang ngam, last2 saya terjemahkan 'sayang' ke B. Inggeris dan dapatlah HONEY. Lebih baik dan ada 2 in 1 X-factor. Simple and sweet like honey.
Saya teringin nak mewujudkan rasa sayang dan homely kepada sesiapa yang bertandang ke sini. Dan saya sukakan keceriaan, jadi saya memilih warna ceria untuk premis ini. Diharap, patients pun lebih ceria bila datang kesini walaupun tengah menanggung kesakitan. I hope to ease up their pain even not much before they can get the right treatment.
Madu pula dalam dunia perubatan adalah diantara bahan yang baik dalam penyembuhan. Dalam perubatan Islam pula, madu adalah makanan yang disebut di dalam al-quran sebagai makanan yang baik.
Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

Oleh itu, diharapkan nama HONEY ini menjadi satu doa untuk pesakit2 yang datang ke sini agar cepat sembuh..Insya Allah..