Semalam, kami dihadapkan dengan satu kes pelik yang tidak pernah kami jumpa sebelum ini..
Kanser telinga pada kucing yang sudah berumur.
Apabila pemiliknya membawanya kepada kami, saya hairan dengan adanya bau yang sangat busuk dari kucing ini. Saya menjangkakan bau busuk itu datang dari mulutnya. Ini kerana adalah perkara biasa bagi kucing yang sudah berumur, lebih2 lagi sudah mencecah lebih 12 tahun untuk menghadapi masalah mulut. Tapi ternyata bukan.
Setelah telinga kirinya dibelek, betapa terkejutnya saya bila saya melihat ada satu ketumbuhan pada telinga di bahagian dalam cuping telinga. Ternyata telinga tersebut juga telah dijangkiti bakteria dan yis bila saya dapati ada nanah di dalamnya.
Saya terkedu sejenak kerana baru pertama kali saya berhadapan dengan kes sebegini. Bermacam perkara bermain difikiran saya, nak2 pulak kucing ini adalah buah hati seluruh family ni dan pemiliknya sanggup berbelanja asalkan kucingnya pulih.
Hati saya lega mendengar yang kucing ini masih ada selera makan. Ini bermakna keadaannya belum begitu serius. Kami terus membuat pemeriksaan pada Koko. Suhu Koko agak tinggi, ini adalah sesuatu yang dijangkakan. Di dalam mulutnya sebelah kiri, terdapat ketumbuhan juga. Ah, sudah! Kami mula terfikirkan kanser telinga tadi sudah metastasis ke tempat lain.
Kanser yang boleh merebak ke tempat lain atau metastasis boleh mengancam nyawa lebih2 lagi jika merebak ke paru2 atau organ2 penting yg lain. Memandangkan Koko masih berselera makan, metastasis mungkin tidak berlaku.
Kami membuat keputusan untuk menilai keadaan Koko sebelum meneruskan surgeri membuang ketumbuhan tersebut. Faktor usianya yang tua dan keadaan ginjal dan hatinya adalah perkara mustahak dinilai sebelum memberinya ubat bius. Jadi, kami menyuntiknya dengan antibiotik dan antiinflamatori serta membiarkannya berehat semalaman sebelum membuat mana2 perancangan lain.
Kami juga meminta pendapat Vet yang lebih berpengalaman dari UPM tentang kes ini. Vet tersebut sangat membantu dalam keputusan yang kami hendak lakukan. Berbanyak terima kasih kepada Vet berkenaan.
Hari ini, ketumbuhan telinga Koko mengecut sedikit dan agak kering tidak seperti semalam. Bau busuk itu pun berkurang. Koko makan dengan gembiranya walaupun makanan yang kami beri bukan makanan biasa yang pemiliknya berikan.
Esok, kami akan melihat keadaan Koko lagi sebelum benar2 memutuskan untuk meneruskan surgeri. Semoga kami dapat memberi yang terbaik untuk Koko dan dia dapat kembali kepangkuan keluarganya dengan gembira. Sama2 kita doakan.
Beginilah rupa ketumbuhan di dalam telinga Koko.