Sunday, June 6, 2010

Bahana Kutu!

Pernah anda nampak keadaan ini pada kucing anda?

bila di zoom kan makhluk kecil tu, ini yg akan kita lihat...
Inilah kutu kucing yg bukan setakat memakan darah kucing tp jugak boleh menyebabkan penyakit lain pd kucing. Dengan kata lain menjadi vektor bg penyakit lain.

Salah satu penyakit yg bahaya ialah parasit darah. Penyakit ini boleh menyebabkan sel darah merah kucing pecah dan kucing akan kekurangan darah merah. Kucing akan demam, pucat, kurang selera makan dan monyok. Jika tidak dikesan atau dirawati pada peringkat awal, lama-kelamaan kucing akan mendapat demam kuning. Ini disebabkan apabila sel darah merah pecah, ia akan menghasilkan satu kompaun lain yang berwarna kuning. Kompaun ini jika terlalu banyak di dalam badan dan hati pula sudah tidak mampu menyingkirkannya akan menjadi toksik.


Bintik2 pada sel darah merah itulah parasit darah kucing yang boleh mnyebabkan sel itu pecah.(gambar adalah diambil melalui mikroskop).


Oleh sebab itu, amat penting sekiranya kucing mendapat ubat kutu pada setiap bulan. Bukan sahaja dapat mengelakkan jangkitan kutu, tapi juga jangkitan bawaan kutu.


Kutu ini juga boleh membawa penyakit kepada manusia, dengan kata lain zoonotik. Saya akan menceritakannya di lain waktu. Sebab itulah, mencegah jangkitan kutu adalah SANGAT penting dalam pemeliharaan kucing.


So, sama2lah kita menjaga kesihatan kucing kita dengan baik untuk kebaikan bersama2.