Saturday, June 12, 2010

Tips Memilih Pet Hotel

Salam ceria semua!
Telah pun masuk minggu kedua cuti sekolah dan ramai diantara kita tentunya ada yang merancang atau sedang pergi cuti2 malaysia mahupun dunia. Siapa yang menjaga si comel anda ketika anda bercuti dan di mana anda tempatkan mereka?

Sekarang servis pet hotel ataupun boarding ada di mana2 dan orang yang memberi perkhidmatan ini juga terdiri daripada orang biasa dan profesional. Adakah itu penting?

 Cita2 kami untuk menyediakan fasiliti boarding sebegini cantik dan selesa dengan harga yang berpatutan di masa hadapan.

Apa yang penting adalah bagaimana si comel anda dijaga dan diuruskan sepeninggalan anda bercuti. Adakah mereka selesa, diberi makanan yang baik serta diuruskan dengan sebaik mungkin?

Berikut adalah tips bagaimana untuk anda memilih tempat boarding yang baik:
  1. Langkah Keselamatan. Pastikan premis boarding tersebut mempunyai double fencing ataupun langkah keselamatan dan pencegahan dari berlakunya kucing lari atau escape. Ini dapat dilihat pada tingkap2 yang dipasang netting serta pintu yang mempunyai ciri keselamatan seperti double door atau door access. Sebaiknya anda bawa haiwan anda dalam carrier ke tempat boarding kerana suasana yg baru, kehadiran haiwan lain dan orang baru boleh membuatkan haiwan anda takut dan cuba melarikan diri. Adalah lebih bahaya sekiranya ia lari ke jalan yang sibuk kerana ia mungkin akan cedera.
  2. Keluasan Sangkar. Sangkar yang cukup besar adalah penting supaya kebajikan haiwan tersebut terjaga. Sangkar yang terlalu kecil mengakibatkan haiwan tersebut tidak dapat bergerak dengan bebas dan ini akan menyebabkan mereka stres. Apabila mereka stres, mudah untuk mereka mendapat penyakit.
  3. Pencegahan Penyakit. Adalah AMAT penting untuk anda pastikan tempat boarding yang anda pilih menitikberatkan pencegahan penyakit ataupun vaksinasi. Oleh itu, rekod vaksinasi dan pencegahan kutu hendaklah disediakan dan dibawa ketika check-in. Pentingnya untuk haiwan mempunyai vaksinasi dan pencegahan kutu yang up-to-date adalah untuk menjaga kemaslahatan semua haiwan yang sedang diboarding. Tentunya kita tidak mahu haiwan kita balik dengan penyakit dari haiwan lain ataupun menjadi punca haiwan lain mendapat sakit.
  4. Sangkar Eksklusif. Haiwan anda tidak seharusnya dicampurkan dengan haiwan lain yang tidak serumah di dalam satu sangkar. Ini akan menyumbang kepada jangkitan penyakit, pergaduhan serta kejadian 'rogol'.
  5. Rutin Harian. Seeloknya anda tahu rutin harian di tempat boarding tersebut. Adakah mereka membersihkan tempat boarding setiap hari? Mencuci premis, alatan dengan disinfectant serta meluangkan masa dengan haiwan anda yang perlukan daily grooming? Lihatlah sendiri di mana haiwan anda akan ditempatkan. Dengan ini, anda akan tahu sejauh mana kebersihan dan kebajikan haiwan anda terjaga.
  6. Rawatan. Sekiranya haiwan anda perlukan rawatan sepeninggalan anda, adakah tempat boarding itu akan bertanggungjawab membawa haiwan anda kepada doktor atau diberi rawatan yang sewajarnya? Tentunya anda mahukan si comel anda dijaga dengan rapi dan anda tidak perlu risau dengan keadaannya sepanjang percutian anda.
  7. Pemeriksaan. Adalah baik sekiranya anda dan staf di pet hotel tersebut bersama2 membuat pemeriksaan ke atas haiwan anda sebelum diletakkan ke tempat boarding. Ini adalah baik untuk kedua belah pihak di mana apa2 jua masalah yang haiwan anda hadapi contohnya mempunyai kutu, maka dapatlah diberi ubat kutu pada waktu itu juga. Ini juga boleh mengelakkan kejadian penipuan. Elakkan anda tergesa2 meninggalkan haiwan anda kerana anda mungkin menyesalinya.
  8. Harga. Pilihlah fasiliti boarding yang menawarkan harga berpatutan dengan servis yang diberikan. Pastikan anda tahu apa yang anda dapat dan puas hati dengan harga yang anda bayar. Sudah pasti anda mahu servis yang baik dengan bayaran bertaraf 5 bintang.

Diharapkan tips yang saya berikan dapat membantu anda. Bagaimana kami tahu apa yang anda perlu tahu? Kerana kami juga pemilik haiwan kesayangan. Buatlah pilihan terbaik untuk siComel anda. Bersama2 kita menjadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab. 


Membawa haiwan anda di dalam carrier menjamin keselamatannya.