Monday, May 10, 2010

Mandul Kucing Berdosa?

Semenjak saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, ada masa-masanya saya terdengar soalan seperti ini diajukan kepada saya. Apa pandangan anda?

Kekerapan soalan ini diajukan menunjukkan bahawa ramai lagi di antara masyarakat kita naif tentang perkara ini. Oleh itu, adalah tanggungjawab saya untuk memberi penerangan agar lebih ramai yang tahu dan faham tentang perkara ini. Jawapannya kepada soalan di atas ialah TIDAK SAMA SEKALI. Malah kita telah membantu mengurangkan beban kucing-kucing ini.

Bagaimana boleh timbul persoalan ini? Bagi saya ini kerana kita menyamakan keadaan kucing dan kita. Bukanlah sesuatu kekejaman jika kita memandulkan mereka, malah satu perkara yang mulia. Lebih2 lagi jika kita tak mampu menjaga keturunan2 mereka nanti.

Ini adalah satu2nya cara untuk mengawal populasi mereka di negara kita lebih2 lagi yang terbiar. Kasihan mereka, mereka tidak mampu mengawal nafsu seperti kita dan terlalu cepat membiak. Kebajikan mereka sangat tidak terjaga....makan sisa buangan, dijangkiti bermacam penyakit, terdedah kepada kemalangan dan berbagai lagi. Jadi yang mana lebih berdosa? Mandulkan mereka atau membiarkan mereka dalam keadaan daif?
Senario di negara kita sekarang adalah menjadi satu tren membeli kucing2 yang purebred seperti Persian, Bengal, Maine Coon dsb. Tidak dinafikan mereka memang comel dan berpatutanlah jika harga mereka boleh mencapai ribuan, tapi HARUS diingat: apa kurangnya kucing domestik atau dikenali juga kucing kampung?

Kucing kampung begitu banyak terbiar di jalanan, kedai2 makan dan pasar2 kesan daripada sikap kurang bertanggungjawab sesetengah daripada kita. Apabila suka dimanja dan bila tidak suka dibuang jauh2. Bagi kita mereka hanya haiwan belaan, tetapi INGAT bagi mereka kita adalah segala-galanya.

Oleh itu, marilah kita sama2 menyokong pemandulan haiwan dan mengambil haiwan terbiar dari membeli. Jadi, renung2kanlah..kita buat kita dapat.

Kucing domestik (kampung) juga comel jika dijaga dengan baik dan diberi makanan yang berkhasiat.

Di sini saya sertakan dalil2 mengenai pemandulan haiwan:


Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:

أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)


Menurut al-Syeikh al-Uthaimin plak,



إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatwa Islamiyah 4/448).

Saya cuba menyertakan link ke laman web JAKIM atas topik ini, tp saya menghadapi sedikit masalah. tapi, saya telah print out kan page tersebut. Jadi, sesiapa yang mahu membacanya, bolehlah datang ke klinik kami.