Monday, May 17, 2010

MEMORI HARI GURU

Teringat zaman sekolah rendah dulu. Bila hari guru, mesti kitorang nyanyi satu lagu ni, ingat lagi bait2 liriknye sampai sekarang...

Hari pertama masuk sekolah,
tak pandai membaca mengira,
tetapi cikgu begitu tabah,
mengajar kami sungguh2,

 bermula ABC sampai Z,
hitung 1 sampai 10,
dari ejaan dan kira2,
kami belajar dengan lancar,

berkat kesabaran,
guru bijaksana,
memberi pelbagai petunjuk,
hari demi hari,
kiniku mengerti,
pelajaran nilainya tinggi.

kami ingat setiap masa,
jasa guru mendidik bangsa,
sambutlah ini ucapan kami,
TERIMA KASIH CIKGU!

Pada sesiapa yg tahu lagu ni..belohla menyanyi dengan cikgu2 anda..

kepada guru2 saya, tadika kemas kpg panglima seman ulu, kuching, sekolah rendah MDHAKH, SMK(A) TUNAZ, MRSM Kuching, Pensyarah2 Kolej Matrikulasi Melaka dan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, lagu ini ditujukan khas buat anda semua. Jasa anda takkan saya lupakan sehingga hujung nyawa. Semoga Allah sentiasa merahmati anda semua.

HAPPY TEACHER'S DAY!!