Salam bahagia semua! Topik yang ingin saya bincangkan hari ini amat & sangat penting. Saya dapati perkara ini berlaku secara berleluasa. Di dalam bidang perubatan manusia pun, perkara ini amatlah selalu terjadi.
Pernahkah ini terjadi kepada anda; anda demam dan pergi ke klinik untuk mendapat rawatan yang sepatutnya, sedang anda menunggu giliran tiba2 ada pesakit lain di kaunter klinik datang hanya mahu membeli ubat sahaja? Apa bezanya anda dan dia?
Bezanya anda di tempat yang betul. Dia pula berkemungkinan tidak akan pulih dengan baik atau menjadi semakin teruk (dia sedang menempah maut). Dia berada di dalam keadaan bahaya kerana Doktor tidak tahu apa sebenar penyakitnya. Adalah tidak mencukupi sekiranya hanya mendengar luahan sakit yang dialami bukan dengan memeriksa pesakit itu.
Begitu juga dengan haiwan. Kerap kali saya bertemu dengan pemilik haiwan yang hanya mahu membeli ubat tanpa mahu membawa haiwan kesayangannya diperiksa. Ada pula yang memberi ubat mereka kepada haiwan mereka!! Di sinilah banyak terjadinya kes keracunan Panadol pada kebanyakan kucing. Ini tidak patut berlaku!! Adakah ini tandanya kita sayangkan haiwan kita?!! (sila rujuk post saya tentang keracunan Panadol).
Sedangkan saya sendiri tidak berani memberi ubat saya kepada kucing2 saya dan saya tidak berani membeli ubat dari farmasi sekiranya saya ditimpa penyakit walaupun hakikatnya saya tahu serba sedikit ubat yang boleh dimakan untuk sakit tertentu. Saya tetap akan ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Sebenarnya adalah melanggar etika perubatan sekiranya seorang doktor atau doktor haiwan menjual ubat sahaja tanpa memeriksa pesakit. Ini kerana ianya boleh menyebabkan kemudaratan di kemudian hari (akan saya jelaskan kemudian). Saya sekerasnya mengecam mana2 doktor yang hanya ingin ‘duit senang’ dengan hanya menjual ubat. Mereka tidak harus dihormati! (ada juga yang mengaku doktor dan menjual ubat!!!).
Antibiotik terutamanya adalah ubat terkawal dan tidak boleh dijual sewenang2nya. Di farmasi pun, sesiapa yg membeli antibiotik, perlu meninggalkan ‘details’ dalam buku log (bg farmasi yg benar2 bertanggungjawab dan beretika).
Maaf bagi yang terasa tetapi perkara ini perlu dihentikan segera!! Janganlah kita menganiaya diri sendiri serta haiwan kita juga. Rujuklah pada yang lebih tahu. Saya faham ada di antara kita takut sekiranya ‘medical fee’ tinggi apabila membawa haiwan sekali tetapi percayalah sebenarnya tidak ada perbezaan besar pun untuk kebanyakan kes!!
Saya merayu kepada semua supaya sama2 kita berubah dan lenyapkan tradisi ‘membeli ubat’ ini. Apa gunanya para doktor menuntut ilmu bersusah payah untuk berkhidmat kepada masyarakat sekiranya ada di antara kita dengan mudah dan sewenangnya melantik diri sendiri manjadi ‘doktor’. Saya berasa sangat kecil hati sekiranya saya berhadapan degan senario seperti ini…..tetapi saya tabik spring kepada pemilik2 yang sentiasa merujuk doktor walaupun haiwan mereka hanya mengalami sakit ringan (lebih2 lagi MO).
Oleh itu, fikir2kanlah. Dunia semakin maju dan fikiran serta sikap kita juga perlu maju. Pakar untuk setiap bidang semakin ramai. Adakah harus dipersiakan? Sekian. (to be continued..)