Friday, August 27, 2010

'Pada kita, mereka sekadar haiwan kesayangan, tetapi pada mereka, kita adalah segalanya'


Assalamualaikum semua yang saya kasihi.

Sejak akhir2 ini saya rasa sangat kesal kerana terdapat beberapa individu yang menganggap klinik veterinar (tidak ketinggalan pasar2 dan kedai2 makan) sebagai tempat 'membuang' kucing2 (atau apa jua haiwan kesayangan). Walaupun sebenarnya perkara ini telah lama berlaku, tetapi baru akhir2 ini ia menjadi2 sedangkan kita sudah masuk di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini dengan berprinsipkan mencegah lebih baik dari mengubati.
Ada beberapa soalan yang harus kita jawab sebelum kita memilih untuk bertanggungjawab membawa masuk haiwan kesayangan ke dalam rumah kita dan menjadi sebahagian dari keluarga kita.

Kenapa hendak memiliki haiwan kesayangan?
Peranan apakah yang kita mahu haiwan tersebut mainkan setelah kita meilikinya? Teman bermain? Teman seumur hidup? Haiwan kesayangan berperanan menemani, menghiburkan serta sebagai tempat untuk kita mencurahkan kasih sayang. Kajian menunjukkan bahawa pelbagai kesan positif yang boleh diperolehi dengan memiliki haiwan kesayangan seperti memupuk rasa tanggungjawab terutama pada kanak2. Kita perlu ingat apabila membuat keputusan untuk memiliki haiwan kesayangan, kita akan mencipta perhubungan jangka panjang bukannya singkat.
'Pada kita, mereka sekadar haiwan kesayangan, tetapi pada mereka, kita adalah segalanya'. INGAT INI.

Pilih haiwan kesayangan anda dengan bijak.
Baik beli ataupun angkat, kita harus ambil masa untuk memilih haiwan yang kita akan ambil dengan bijak termasuk mengambil faktor2 seperti spesis, baka, umur, status reproduktif dsb. Bagi pihak kita pula, faktor seperti persekitaran, masa, bajet  adalah penentu utama samada kita akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik di masa hadapan. Kebanyakan haiwan yang 'dibuang' di SPCA atau PAWS sekarang adalah mangsa kepada pemilik2 yang membuat keputusan sewenang2nya sebelum mengambil mereka.
Contohnya, jika tidak ada masa dan bajet, tak perlulah kita memilih untuk membeli kucing Parsi kerana menjaga purebred adalah diibaratkan seperti menjaga kereta sports. Sudahlah beli pun mahal, maintenance juga tinggi. 

Perhatikan persekitaran anda, adakah sesuai dengan haiwan yang akan anda pilih?
Persekitaran amat penting seperti jenis rumah yang diduduki, ramainya anggota keluarga, tahap kesihatan anggota keluarga dsb. Fikir dalam2 sebelum mengambil keputusan kerana anda akan menerima komitmen baru apabila haiwan itu melangkahkan kaki ke rumah anda (walaupun tiada kaki). Seperti hubungan2 lain, tanpa komitmen, hubungan akan GAGAL. Yang menjadi mangsa tentunya haiwan itu. 

 Pilu tak hati anda melihat kucing ini? Neglected cat.

Adakah anda mempunyai cukup masa?
Haiwan kesayangan juga memerlukan perhatian. Lebih2 lagi anak2 kucing contohnya. Seperti kanak2, perhubungan yang baik semasa membesar akan menentukan personalitinya di kemudian hari. Training adalah SANGAT penting semasa mereka berumur 6 bulan yang pertama. Inilah masa yang sangat mencabar dalam membesarkan mereka. Tetapi, ini semua terpulang kepada anda. Tanpa usaha yang diberi untuk train mereka, kita mungkin tak akan dapat result yang kita harapkan.

Cukupkah bajet kita untuk membela mereka?
Bertambah ahli dalam keluarga bermakna bertambahlah tanggungan. Ini amat penting untuk dinilai sebelum mengambil haiwan kesayangan. Mereka adalah benda hidup yang perlukan makanan yang baik, tempat tidur/berteduh, riadah serta persekitaran yang selamat. Apabila sakit, mereka juga perlukan rawatan dan langkah pencegahan penyakit. 
Saya seakan tidak percaya bahawa ada manusia yang membela haiwan KESAYANGAN tetapi dibiarkan mencari makanan sendiri, dibiarkan tidur di bawah kereta (risiko dilanggar adalah tinggi), serta bila sakit dibiarkan baik sendiri (astaghfirullah, nauzubillah), tapi ini terjadi. 

Di mana nak dapatkan haiwan kesayangan ni?
Beli atau angkat? Sekali lagi soalan ini terpacul setelah pelbagai faktor yang dinilai. Yang penting haiwan itu harus sihat, telah divaksin dan diberi ubat cacing kalau hendak dibeli. Lebih mulia sekiranya diangkat dari dibeli kerana masih banyak lagi haiwan terbiar dan haiwan yang perlukan rumah seperti di SPCA dan PAWS. Sokonglah pet adoption.

 
Starve to death. Neglected case.

Renung2kanlah. Diwaktu suka kita belanya, waktu tak suka kita serahkan mereka setelah kegembiraan dan hiburan yang mereka pernah beri pada kita. Jika soalan2 yang ada di atas tak dapat dijawab dengan baik, maknanya kita belum bersedia mempunyai haiwan kesayangan dan jangan membuat keputusan terburu2 untuk mengambil mereka. Sekian.