Saya seorang Doktor Veterinar yang bekerja sendiri sambil menjaga seorang anak yang menghidapi G6PD. Sukar untuk saya menghantarnya ke taska untuk dijaga kerana kekurangan yang ada padanya itu. Lebih baik dia dijaga oleh saya sendiri. Tetapi, ini membuatkan saya terpaksa merawat kucing2 yang datang sambil mendengar dia menangis kerana hendak didukung oleh saya. Kadang-kala pemilik kucing2 yang saya rawat terpaksa baby-sit Hamzah sementara saya menyempurnakan tugas saya. Terima kasih banyak2 kepada yang terlibat. Anda sangat sporting dan memahami. Maaf sekiranya saya sudah menyusahkan anda semua dan agak lambat melaksanakan tugas.
Hamzah, si manja yang saya jaga sendiri sambil bekerja.
Saya juga tidak ada pembantu. Buat masa ini, saya belum mampu mencari seorang pembantu yang benar2 saya boleh percayai untuk melaksanakan tugas2 di sini. Cerewetnya saya. Tak kisahlah sekarang saya sendiri yang harus lakukan semua asalkan saya puas hati. Jika kucing dibawa kepada saya dan saya tidak dapat restrainnya seorang diri, terpaksalah pemiliknya membantu saya. Syabas kepada pemilik kucing yang sangat sporting dan memberi kerjasama yang mantap pada saya. Dalam tak sedar, mereka akan belajar cara merestrain kucing mereka dengan betul. Saya bangga ada client2 macam mereka.
Saya budak masih belajar. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan akan ada benda baru yang saya akan tempuh dan harung setiap hari termasuk kes2 yang dibawa kepada saya. Ingin saya menuntut lagi supaya saya boleh memberi yang lebih baik dari sekarang kepada kucing2 dan pemilik2 mereka. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pemilik2 yang selama ini mempercayai saya untuk merawat kucing2 atau haiwan kesayangan mereka. Tanpa kepercayaan yang diberi, tidak mungkin saya sampai ke tahap ini. Sejuk hati saya mendengar ucapan penghargaan daripada pemilik haiwan kesayangan yang datang kepada saya. Serta maafkan saya jika anda rasa saya gagal memberikan yang terbaik tetapi percayalah saya telah cuba sedaya upaya. Saya harap saya masih diberikan peluang untuk merawat si comel anda yang lain.
Saya masih dalam proses memperbaiki mutu servis. Maaf dipinta kepada sesiapa yang datang ke sini dan mendapati kami kekurangan barangan haiwan kesayangan seperti makanan dan aksesori. Saya memerlukan masa untuk menjadikan diri sangat efektif dan cuba menyediakan yang terbaik. InsyaAllah di masa akan datang, saya lebih efektif dan Pet Shop kami akan complete. Tetapi, saya lebih mengutamakan klinik buat masa sekarang dan saya harap anda faham kenapa barangan Pet Shop kami adalah terhad.
Saya ada seorang suami juga seorang Doktor Veterinar yang sangat memberi sokongan. Dr. Johaimi akan membantu saya di sini pada waktu malam dan hujung minggu. Dengan adanya dia, lebih senang untuk merawat kes2 yang datang. Kami dapat bekerjasama dan berbincang dalam memberi rawatan. Saya sangat bangga menjadi isterinya.
Saya adalah ibu kepada 2 orang anak lelaki. Anak sulung saya, Farouq akan tidak kelihatan di sini pada hari persekolahan. Hanya pada malam hari dan hujung minggu dia akan 'membantu' saya di sini. Farouq sangat 'rajin mengemas'. Kadang-kala kenakalannya mengganggu tugas saya di sini serta menganggu client2 serta kucing yang datang. Nasib baiklah premis ini dah dipasangkan door access serta netting di kesemua tingkap, jadi kucing2 tidak boleh lari keluar dan hilang. Kalau tidak, sudah tentu pening kepala ibunya mencari kucing2 terlepas. Mohon maaf kepada sesiapa yang terpaksa melayan kerenah nakalnya ketika berada di sini dan terima kasih diucapkan atas layanan anda kepada dia. Dia memang sangat peramah.
Farouq yang bijak, nakal dan peramah.
Sekian kisah seorang SAYA. Selamat berpuasa dan menyambut Nuzul Quran.