Kesian kucing ni kan? Penat meneran, tapi tak keluar-keluar air kencingnya.
Familiar tak situasi ini pada anda?
Salam ceria semua dan selamat Berpuasa. Masalah kencing tidak lawas adalah masalah biasa pada kebanyakan kucing lebih-lebih lagi kucing jantan.
Apakah sebab-sebabnya?
- Jangkitan pundi kencing
- Batu karang
- Salur kencing tersumbat
- Kanser
- Trauma pada saluran kencing
- Idiopathic (tidak diketahui)
Cuba anda lihat gambar dibawah.
Beginilah rupa pundi kencing yang membesar dan tegang (tentunya sangat sakit!!) apabila berlakunya saluran kencing tersumbat. Bayangkan jika air kencing tidak dapat dikumuhkan sedangkan pundi kencing semakin penuh?
Toksin yang sepatutnya dikeluarkan dari dalam badan kini terkumpul selama beberapa hari? Kesannya adalah tidak baik sama sekali.
Toksin yang sepatutnya dikeluarkan dari dalam badan kini terkumpul selama beberapa hari? Kesannya adalah tidak baik sama sekali.
Kami mahu kongsikan 2 kes yang sebagai contoh, di mana kucing-kucing tersebut tidak dapat diselamatkan kerana telah lambat dibawa untuk rawatan.
KES 1
Kucing jantan berumur 5 bulan yang pernah dilanggar di bahagian pinggul dan makanan harian adalah commercial dry food (jenama adalah dirahsiakan).
Kucing ini dibawa ke klinik veterinar setelah sebulan dilanggar di mana pemilik mengadu baru sehari kucing tidak mahu makan, muntah-muntah dan asyik terbaring.
Perutnya 'keras' dan tegang. Kucing kencing tidak lawas sejak dilanggar.

Apabila diperiksa, ternyata kucing sedang demam dan pundinya sangat besar dan tegang sebesar bola tenis.
Setelah diberi rawatan sewajarnya, kucing itu masih terbaring dan tidak kencing juga. Akhirnya tiub terpaksa dimasukkan ke dalam salur kencing untuk membantunya mengeluarkan air kencing.
Tiub tidak dapat dimasukkan sehingga ke pundi kencing kerana saluran tersumbat di separuh jalan.
Air kencing akhirnya dikeluarkan dari luar untuk mengurangkan ketegangan dan kesakitan pundi kencing, Malangnya, kucing tidak berjaya diselamatkan kerana ketidakseimbangan ion dan pengumpulan toksik di dalam badan (dibuktikan apabila kucing muntah-muntah).
Ion potassium yang tinggi di dalam darah boleh melemahkan otot, terutama otot jantung. Toksin yang terkumpul iaitu urea, boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu badan.

Post mortem dijalankan dan didapati buah pinggang telah rosak, bahagian dalam pundi kencing mempunyai blood clot serta saluran kencing juga ada blood clot (exactly di tempat di mana tiub tersekat).
Di saluran kencingnya terdapat 'pepasir' halus iaitu crystals (batu karang yang bersaiz sangat kecil).
Di saluran kencingnya terdapat 'pepasir' halus iaitu crystals (batu karang yang bersaiz sangat kecil).
Kesimpulannya, kucing ini mengalami masalah kencing berpunca dari batu karang. Trauma dilanggar adalah kurang berkemungkinan kerana kecederaan itu sepatutnya sudah pulih dalam masa sebulan. Anggaran masa tidak kencing langsung adalah 3 hari.
Gambar di atas menunjukkan kecederaan (pendarahan) pada pundi kencing dan salur kencing oleh urolith (batu karang ).
KES 2
Kucing jantan dewasa yang pernah mengalami kencing berdarah 2 minggu sebelumnya. Pernah mendapat rawatan untuk masalah kencing berdarah di mana kucing perlu menjalani oral medication regime selama 3 minggu. Diberi makanan premium bercampur makanan komersial.
Kucing sampai pada vet masih alert tetapi sedang demam, pucat dan pundi kencing yang sangat tegang dan besar berdiameter 10cm. Bernafas laju serta open mouth breathing menandakan ia berkeadaan sangat sakit serta kurang oksigen.
Pemilik baru sedar kucing tidak dapat kencing selama sehari tetapi dari keadaan pundinya, kucing tidak kencing selama 3 hari. Pemilik mengadu kucing tidak berselera serta susah untuk memberinya ubat.
Pemilik baru sedar kucing tidak dapat kencing selama sehari tetapi dari keadaan pundinya, kucing tidak kencing selama 3 hari. Pemilik mengadu kucing tidak berselera serta susah untuk memberinya ubat.
Rawatan sewajarnya diberikan dan kucing tetap tidak kencing selepas beberapa jam. Cubaan untuk memasukkan tiub dilakukan.
Tiub berjaya dimasukkan tetapi sudah terlambat. Air kencing didapati berdarah dan kucing sudahpun toxemia dan tidak dapat diselamatkan. Didapati kedua-dua ginjalnya membengkak menandakan ginjal sudah rosak.

Kesimpulannya, kucing ini juga mempunyai batu karang yang menyumbat salur kencingnya. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya dia diberi makan hanya makanan premium serta mendapat ubatnya setiap hari selama 3 minggu seperti yang sepatutnya.
Inilah diagram yang menunjukkan bagaimana batu karang boleh menyumbat salur kencing.
Ini adalah rupa batu karang halus ( urine crystals ) apabila dilihat menggunakan mikroskop. Lihatlah hujung-hujungnya yang tajam dan inilah yang mengakibatkan kecederaan pada dinding pundi kencing dan salur kencing yang mengakibatkan kencing berdarah.
Moral yang boleh diambil dari post kali ini ialah bawa haiwan anda untuk rawatan yang sewajarnya secepat mungkin apabila anda perhatikan mereka mula menunjukkan tanda-tanda kencing tidak lawas ataupun berdarah.
Jika kucing anda tidak kencing selama 3 hari, nyawanya dalam bahaya.
Jika kucing anda tidak kencing selama 3 hari, nyawanya dalam bahaya.
Elakkan memberi kucing kesayangan kita makanan kucing komersial ( makanan kucing yang mudah didapati di kedai runcit, supermarket ).
Akhir kata, terima kasih kepada sifu-sifu kami yang telah memberi pendapat tentang kes ini serta sesiapa juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kes-kes yang dikongsikan. Sekian.