Salam Ramadhan semua!!! Kali ni kita bincang pasal potong kuku kucing..
Potong kuku kucing atau lebih sesuai dengan term trim tak akan menyakitkan mereka kalau kena dengan caranya.
Kita perlu tahu bagaimana cara potong kuku kucing dengan betul. So, sebelum itu kita kene tahu serba sedikit tentang kuku kucing.
Sila lihat gambar di bawah:
Perhatikan gambar kuku kucing ini. Nampak tak ada struktur berwarna merah jambu di pangkal kukunya?
Itu adalah salur darah pada kuku kucing. Kita harus potong kuku kucing sebelum struktur berwarna pink tu...
Tak clear sangat? Tengok ni pulak..
Gambar di atas jelas menunjukkan di mana harus kita memotong kuku kucing (cut here). Quick adalah salur darah kuku di mana kita perlu elak dari terpotongnya. Jika tidak, ia akan berdarah.
Persoalannya sekarang, nak potong dengan apa?
Kalau nak potong kuku kucing, paling baik kita perlu gunakan pemotong kuku khas untuk pets seperti contoh di bawah:
Dengan pemotong khas ini, kerja kita akan lebih mudah berbanding menggunakan pemotong kuku kita sendiri ataupun gunting. Risiko kecederaan pada kucing pun berkurang..
Berikut adalah langkah2 untuk memotong kuku kucing:
- Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff belakang lehernya (seperti gambar di bawah bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.
- Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di atas).
- Kemudian dengan berhati2, potong kukunya satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya).
Cara yang betul untuk scruff kucing yang kurang bekerjasama.
Kenapa perlu potong kuku kucing? Tak ke dia susah nak defend diri sendiri?
Ya, memang kucing perlukan kukunya untuk pertahanan diri ketika bergaduh dengan kucing lain, tetapi tidak dengan manusia.
Keselamatan kita adalah paling utama dalam mengendalikan kucing. Kita perlu potong kuku kucing kerana kita tidak mahu tercedera ketika memberi dia ubat atau memandikannya. Lagipun, jika kukunya terlalu panjang dan tumbuh melengkung dengan kata lain overgrown, ia akan mencucuk dan mencederakan tapak kakinya sendiri dan menyebabkan luka. Dan yang paling penting, kita tidak mahu mendapat penyakit dari cakaran kucing. Penyakit seperti Cat Scratch Disease serta Tetanus boleh didapati dari cakaran kucing. Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.
Akhir kata, selamat memotong kuku si comel anda dan Salam Ramadhan sekali lagi..