Monday, April 18, 2011

Perut Londeh Sebelah.


Salam semua. Lamanya tak keluarkan entry. Dari hari ke hari nak keluarkan, last2 nak menulis di tengah2 malam ni.

Saya pasti ada diantara anda yang kenal seekor Mummy kucing comel warna kelabu dijumpai di kawasan pandan Indah yang disyaki pregnant tapi anaknya tak keluar2. Saya bangga kerana ada sekumpulan individu prihatin bernaung di bawah nama Kucing Terbiar Anjing Jalanan (KTAJ) di FB yang mengambil berat tentang kucing ni.

Justeru, 2 sukarelawan wanita mengambil inisiatif untuk membawa kucing ini kepada kami untuk dirawat. Komuniti yg tersebut di atas juga telahpun mengumpul dana untuk kos rawatan kucing ini. Kami di sini merasa sangat terharu di atas effort yg komuniti ini telah tunjukkan demi makhluk2 tuhan berkaki empat yang terbiar ini. Semoga usaha2 kalian diberikan balasan baik dari Allah SWT.

Berbalik kepada kisah kucing ini yang telah KTAJ sepakat menamakannya Flubby. dari laporan 'tempat kejadian', saya fahami kucing ini mengandung terlebih due dan mungkin kandungannya sudah mati. Maka, saya menjangkakan satu situasi emergency ataupun satu kes jangkitan virus yang kronik.

Tetapi, setelah Flubby sendiri berada di depan mata, baru saya tahu masalah dia yang sebenar.

Gambar2 di hari kejadian berikut adalah kepunyaan Cik Rosmawar yang bersama2 Cik Lola membawa Flubby kepada kami:
Gambar menunjukkan perut londeh Flubby disebelah kiri abdomennya. Apa yang ada di dalam tu? Tunggu...

Apa yg saya dapat simpulkan selepas membuat check up pd Flubby ialah:
  • Dia kemungkinan pregnant
  • Dia mengalami inguinal hernia
Apa itu hernia? Definisi hernia telah saya bincangkan dalam entry saya yang bertajuk  Bila Paru2 bertemu Usus.
Tapi, apake bendanya Inguinal Hernia ni?

Inguinal Hernia adalah satu keadaan di mana organ di dalam ruang abdomen seperti usus besar dan kecil, limpa serta hati termasuk ke ruang di bawah kulit setelah otot abdomen di bahagian itu lemah dan terkoyak.
*Dalam kes Flubby, bukan setakat usus dan limpa yang terkeluar tetapi juga 2 ekor anaknya yg hampir cukup bulan.



Flubby telah dibawa untuk Xray dan 'direhatkan' sebelum kami meneruskan surgeri. Sepanjang di dalam ward sebelum surgeri dilakukan, Flubby sgt baik, mkn berselera dan tidak banyak kerenah.

Menurut artikel mengenai Inguinal hernia (hernia celah kelangkang), masalah ini adalah biasa dalam anjing dan jarang berlaku pd kucing. Dan juga biasa terjadi pd haiwan mengandung.


Ni gambar Dr. Joe sedang membuat surgery pada Flubby. Di ketika inilah Flubby dimandulkan dan 3 ekor anaknya tidak dapat diselamatkan kerana mereka sudah pun tidak bernafas sewaktu dikeluarkan. Surgeri mengambil masa 3 jam di mana Flubby juga dimasukkan SQ fluid.

Flubby telah menerima lebih 20 jahitan di otot yang terkoyak itu serta 10 jahitan di kulit. Bayangkan sajalah otot yang terkoyak itu adalah sepanjang sejengkal kita iaitu lebih tepat lagi dari tulang rusuk terakhir hingga ke pangkal tulang kaki!

Berikut adalah beberapa pics sebelum, selepas dan sedang surgeri ke atas Flubby:
Bahagian Flubby setelah di shave sebelum di prep utk surgery.

Anak2 Flubby yang masih di dalam rahim dan sudah tidak bernnyawa sebelum dikelurakan sekaligus memandulkan Flubby.
Gambar agak gelap, maaf. Bulatan merah = jahitan di dalam. Bulatan kuning= jahitan di kulit.
Selepas surgeri, Flubby masih perlukan rawatan antibiotic dsb. Malangnya, Flubby dijangkiti selsema selepas 3 hari dibedah. Ini mungkin kerana dia tidak divaksin serta efek limpanya yang tak normal bila terpusing dan termasuk dalam hernia tu. Kami hanya akan lepaskan Flubby bila dia benar2 sudah sihat, divaksin dan setelah jahitan dibuka. Oleh itu, tanggal 10 April 2011 yang lepas, dengan rasminya Flubby diserahkan kepada keluarga angkatnya dan telah dijemput oleh Cik Lola.

Update Flubby terkini: sedang bahagia bersama keluarga Cik Sunyi Sepi.

Sekian.