Anda mesti familiar dengan haiwan hitam putih yang boleh mengeluarkan bau yg amat busuk ketika terancam kan?
Tidak lain tidak bukan, haiwan itu adalah si comel Skunk.
Tp, taukah anda organ apa yg mengeluarkan bau busuk pd skunk tu?
Ia sebenarnya satu kelenjar berdekatan anus (perkataan yg lebih elok dan sama maksudnya dgn lubang dubur).
Salam ceria semua. Jom kita layan gambar ni...
Skunk 'menyembur' gas berbau busuk untuk perlindungan diri. Tp, tahukah anda kucing dan anjing pun kadangkala akan berbuat begini bila berasa takut dan terancam. |
Ini pulak video yang menunjukkan bagaimana skunk 'menyembur' 'mangsanya':
AMARAN, video ini mungkin membuatkan anda kurang selera makan.
Perhatikan 2 pembengkakan di kiri kanan (pukul 3 dan 9) anus. Itu adalah kelenjar yang dinamakan kelenjar anus yg mengandungi cecair yg sangat busuk.
Mesti anda tertanya2, apa sebenarnya fungsi kelenjar ini pd anjing dan kucing sebab mereka bukannya sama seperti skunk, kan?
Antara fungsi kelenjar ini:
- sebagai pengenalan diri - haiwan mengenal satu antara lain bukan pada visual shj ttp juga dari bau
- sebagai pelincir - untuk 'melancarkan' perjalanan keluar najis
- sebagai perlindungan diri
- sebagai penanda kawasan - ini adalah tabiat anjing untuk menanda kawasan mereka, sama juga seperti kucing jantan apabila mereka memancut.
Kelenjar ini boleh mengalami jangkitan dan selalunya berlaku kepada anjing tetapi kami banyak menemui kes sebegini pada kucing walaupun kebanyakan buku dan literature menulis ia adalah jarang (rare) pada kucing.
Setakat ini sudah hampir 10 kes dalam masa 4 bulan yang kami terima.
Antara punca kucing boleh mendapat jangkitan ini yang dpt dikenalpasti:
- kucing kecacingan terutamanya cacing pita - ini kerana cacing pita bertelur pada anus dan membuatkan anus menjadi gatal (lebih kurang sama dgn manusia), jd kucing akan kerap menjilat2 anus dan menjangkitakan kelenjar ini.
- kucing cirit birit - kucing adalah haiwan yg sgt pembersih dan cerewet. Jadi, apabila mereka cirit sudah tentunya anus dan bulu mereka akan kotor/sememeh terkena najis yang cair, jadi mereka akan kerap menjilat2 bahagian anus juga.
Tanda2 yg dpt dilihat apabila haiwan menghadapi masalah ini:
- 'melepas' merata2 - disebabkan kurang selesa, mereka akan terdorong melepas di luar 'toilet' mereka. Lebih ketara pd kucing indoor yg biasanya bertoiletkan pasir.
- meraung ketika 'melepas' - disebabkan jangkitan, kelenjar ini akan bengkak dan membuatkan haiwan berasa sakit untuk 'melepas' lagi2 kalau najis mereka keras.
- najis berdarah - anda akan terkejut kerana terlihat ada darah pada najis haiwan anda. Ini berlaku kerana, apabila kelenjar itu bengkak dan radang, akan bertambahnya penyaluran darah pd bahagian itu, maka darah juga akan terkeluar apabila salur bengkak ini ditekan.
Walau apapun, haiwan selalunya berselera normal dan aktif seperti biasa. Ini yang membezakan di antara jangkitan virus mahupun keracunan.
Jadi, apa nak buat kalau haiwan menunjukkan tanda2 di atas?
Bawalah mereka segera kepada VET kerana kalau berlarutan boleh menyebabkab kelenjar itu membengkak dan 'meletupkan' nanah. Pastinya, pd masa itu, kucing dah tak selera makan dan monyok.
VET akan buat ini untuk merawat masalah ini:
Semua kes yang kami terima kucing akan marah jika bahagian anus mereka disentuh. Jadi, kami akan bius mereka sebelum melakukan prosedur ini. Serta kami juga akan flush kelenjar itu untuk memastikan tiada sisa2 kotoran yang tertinggal di dalamnya. Bergantung kepada keadaan, kucing akan diberi suntikan atau ubat susulan.
Jadi, sekian saja pd kali ini. Moga2 anda dapat manfaatkan info ini dalam penjagaan anak bulus anda.