Tuesday, March 1, 2011

'Saya sangat suka coklat', kata encik Rabbit. THE END.


Apala peliknya tajuk ni kan?
Tapi jangan risau, takde watak Ustaz Coklat dalam entry ni.. 

Comel je kan coklat berbentuk arnab ni? Nyum nyum...

Inilah kisah yang bagi saya menyayat hati endingnya walaupun permulaan kisah rabbit tu macam fairytale.
"I like chocolate eventhough i supposed to eat veges.", Agaknya nila yang Mr. Bunny tu bg tau kat Mama dia dengan muka mintak kesian dan mata bersinar2 macam Shin Chan sampai Mama dia takleh nak tolak permintaan dia. Lastnya, kematian Mr. Bunny menjadi penamat cerita.

COKLAT itu sedaaaaap tapi RACUN sebenarnya.

Nak kene babab org yg bagi coklat kat kucing ni ha..sampai macam tu sekali disuanya coklat kat si tabby ni..harus masuk ICU meow ni kalau dihabisnya satu bar tuh..isk isk..

Mungkin ramai yang tak tau kita pun boleh dapat keracunan coklat, tapi dengan memakan sebanyak 10kg coklat sekaligus bg org yg bertubuh dalam 50kg.

ARNAB, KUCING, ANJING yang hanya berat kurang dr 5kg, bayangkan hanya sedikit coklat, agak2 dalam 200g coklat kalau berat hanya 1kg tiap2 hari akan membawa bencana. Itupun, kalau coklat susu bukannya dark chocolate yer...

Kenapa coklat berbahaya dan bagaimana?
Di dalam coklat terdapat satu bahan kimia dinamakan theobromine iaitu sepupu kepada caffeine (yg juga bahaya kepada si comel berbulu).
THEOBROMINE ini yang bertanggungjawab menyebabkan muntah2, cirit-birit, kegelisahan, degupan jantung tidak sekata atau terlalu cepat, sawan dan koma.
Seperti juga caffeine, theobromine juga meransang sistem saraf, jantung dan tekanan darah. Bila dah terlebih ransangan boleh menyebabkan kegagalan semua sistem tersebut.

Berikut adalah jumlah theobromine yg terdapat di dalam beberapa produk koko:
  • Serbuk koko = 800 mg/oz
  • Coklat masakan tanpa gula = 450 mg/oz
  • Cocoa bean mulch = 255 mg/oz
  • Coklat gelap = 150-160 mg/oz
  • Coklat susu = 44-64 mg Theobromine per oz coklat
  • kandungan theobromine dalam coklat putih tidak begitu bahaya

Berbalik kepada cerita Mr. Rabbit tadi, hampir setiap hari dia diberikan coklat sebab hampir setiap hari 'abang'nya makan coklat. So, 'abang' kongsi2 dgn 'adik' coklat tu. Mengikut ceritanya, si 'abang' bagi secebis jer..

Saya hanya dapat mengagak lebih kurang 2 bulan Mr. Rabbit mempunyai lifestyle begitu. Bila sampai kpd saya, Mr. Rabbit dah tak berselera makan, cirit birit, kurus dan bengkak2 pada kaki terutama kaki belakang.
Menurut Mama nya, kaki depan pun pernah bengkak tapi dah susut lepas diurut dengan minyak gamat. Pada amatan saya, kaki yang bengkak tu tak nampak langsung macam trauma. Sebab, bengkaknya di bawah kulit membuatkan kulit kebiruan, lebih kepada edema bukan nanah atau bengkak pd isinya. Edema boleh berlaku jika tekanan darah terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Memang selepas saya mendengar Mr. Rabbit sgt suka makan coklat, saya dapat rasakan hidupnya takkan lama. Selepas 2 hari, Mr. Rabbit tiada lagi di dunia. 
Mesti anda pelik kenapa tanda2 nya tak sama macam yang disebut di atas? Sebenarnya saya pun pelik jugak mula2, tapi saya rasa memang betul sekali makan Mr. Rabbit dapat secebis sahaja, dos yang masih tak berbahaya. Tetapi, kalau tiap2 hari makan dos kecil, lama2 memudaratkan jugak. Sebab tu tanda2 nya lain sikit. Dan saya dapat rasakan Mr. Rabbit mungkin pernah menunjukkan tanda gelisah tetapi disalah ertikan sebagai sgt aktif.

Bayangkanla kalau saraf terlebih diransang tiap2 hari? tak ke mati satu persatu sel2 saraf tu. macam apa yg MSG buat pd sel saraf kita. (huhu)..

Mungkin ada arnab yg pernah diberi coklat tetapi masih sgt sihat. Perlu diingat, setiap individu mempunyai respon berbeza2 dengan sesuatu bahan.Terdapat beberapa kajian yg dijalankan menunjukkan arnab jantan akan mengalami risiko mandul jika memakan theobromine. 

Haiwan boleh mati dengan memakan 100-200mg/kg theobromine. Kesimpulannya, mereka yg seberat 1kg boleh mati jika makan 345g coklat susu sekaligus. Itu adalah bersamaan satu 3/4 bar Coklat Susu Cadbury plain 200g. (uii, sedapnya..terliur pulak) 
Banyak ke? Boleh tahanla..tapi dlm byk2 haiwan anjing yg paling berpotensi keracunan disebabkan sifat yg ingin tahu yg tinggi serta sifat tak memilih makan nyer berbanding kucing (yg memilih ya amat kekadang) ataupun arnab.

Gamaknya tak timbul2 la si anjing, kucing dan arnab kalau terjun dalam sungai coklat ni. Manusia pun belum tentu timbul kalau sambil menyelam minum 'air' kat sungai nih..haish..Err, Willy Wonka ada pets ke? Nasib baik Oompa Loompa makan sikit2 je coklat tiap2 hari..huhu
 
Jadi, anda2 sekalian, lepas ni makan coklat sorang2 yer. Takyah ajak si comot ke, ketot ke, bunny ke atau apa2 saja nama mereka. BAHAYA itu dangerous. FULL STOP.

Sekian. Selamat memasuki bulan ke3 tahun 2011!