Assalam wbt dan salam ceria.
Akhirnya dapat juga kami meluangkan masa menulis entri baru.
Asma adalah simptom di mana si pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

Berikut 2 kisah kucing menghidap asma yang pernah kami beri rawatan.
Yang OK..
Foxy, seekor kucing Bengal betina yang diimport dari luar negara menghidapi masalah selsema sejak dibawa masuk ke Malaysia. Foxy pernah divaksin tetapi oleh kerana imun badannya masih tidak cukup untuk melawan serangan mikrob, maka dia masih terkena jangkitan selsema ini dari semasa ke semasa.
Ingin ditekankan disini, jika tidak divaksin, mungkin selsema yang dihidapi Foxy akan lebih teruk dari yang sedang dihidapinya.

Foxy datang dengan pernafasan yang tercungap-cungap, mulut terbuka dan bunyi nafas yang kasar. Melalui stetoskop, bunyi deruan angin dalam salur pernafasannya seperti siulan bercampur bunyi seperti kertas direnyuk-renyuk.
Istilah perubatan bagi dua bunyi ini ialah, wheezing dan crackles. Kesimpulannya, Foxy mempunyai saluran pernafasan yang menyempit dan berlendir. Namun, apa yang menghairankan, seleranya tetap seperti biasa.

Keadaan ini merisaukan saya, apalagi bila suhunya kurang dari suhu normal. Tindakan cepat diambil untuk membuat warm water bag menggunakan sarung tangan getah yang diisi air paip dan dipanaskan di dalam microwave oven, kemudian diletakkan pada badannya terutama bahagian tulang belakang dan abdomen.
Suntikan antibiotik dan rawatan lain yg sewajarnya diberikan termasuk pil untuk mencairkan kahak. Kami merasa sedikit terkilan kerana kami belum lagi mempunyai fasiliti seperti oxygen therapy dan nebulizer.
Jika tidak, itu adalah antara rawatan yang perlu Foxy jalani. Walaupunbegitu, sebelum Foxy balik, memang kami tekankan pada pemiliknya supaya lekas membawanya ke mana-mana Hospital haiwan yang mempunyai fasiliti tersebut kerana saya sangatsangat risau dengan keadaan Foxy ketika itu.

Yang bestnya, beberapa hari kemudian, pemiliknya datang lagi dan memberitahu Foxy aktif sehari selepas balik dari rawatan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab Foxy respon kepada rawatan yang diberi.
Yang tak OK..
Tammy seekor kucing jantan yang baru dikasi dan divaksinkan lebih kurang seminggu sebelum datang kepada kami dengan tanda-tanda yang sama seperti Foxy. Cuma yang lainnya ada sedikit pendarahan pada hidung Tammy.
Jadi waktu itu, kami risau Tammy mungkin keracunan. Tammy merupakan kucing DSH yang sudah dewasa pernah menghidapi selsema sebelum datang kembali untuk dikasi dan divaksin. Menurut pemiliknya, Tammy suka bermain diluar rumah ketika hujan dan jarang masuk ke dalam rumah kecuali untuk makan.
Sebelum ini, mereka hanya perasan yang Tammy kerap bersin dan tiba-tiba sahaja hari itu, Tammy mula bernafas tercungap-cungtap.

Bunyi pernafasan Tammy melalui stetoskop juga persis apa yang didengar pada Foxy. Rawatan yang diberikan kepada Tammy juga adalah lebih kurang sama dengan Foxy.
Malam itu, Tammy makan seperti biasa. Kami menahan Tammy di dalam wad untuk pemerhatian rapi. Esoknya, Tammy kelihatan lebih baik. Tidak terlalu kerap bernafas dengan membuka mulut. Tapi, selera Tammy agak berkurang.
Malam itu, Tammy mengiau-ngiau tak seperti biasa. Keesokan harinya, Tammy meninggalkan kami.

Oleh kerana kami masih suspek keracunan penyebab Tammy mati, jadi post mortem telah dilakukan dan sampel telah dihantar ke makmal (seperti yang ditonton CSI).
Keputusannya, Tammy mengalami jangkitan bakteria pada jantung, esofagus dan trakea. Jadi, keracunan adalah ditolak. Mungkin, jika Tammy dibawa ketika baru menunjukkan hanya tanda bersin-bersin sahaja, peluang survivalnya lebih tinggi.

Maka, saksikan video-video di bawah ini yang menunjukkan kucing itu ada asma dan antara rawatan untuk kucing yang asma:
Perhatikan cara kucing asma ini bernafas. Perasan tak yang dia meregangkan leher semasa bernafas dan seperti mahu muntah. Ini adalah tanda yg perlu dikenalpasti.
Ini adalah antara rawatan kucing asma yang teruk. Aerokat ini adalah satu alat bagi memudahkan pemberian inhaler kepada kucing.
Alhamdulillah, walaupun Aerokat sukar didapati di Malaysia, ada alternatif kepada produk ini iaitu Infant Inhaler Chamber. Walaupun ia mudah didapati dari mana-mana farmasi, pemilik kucing asma masih perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor veterinar untuk cara penggunaan yang betul.
Tak semua kucing dengan masalah asma akan terus menghidqpnya selepas sembuh. Dan, tak semuanya selepas sekali rawatan dan sembuh, kucing itu tak akan menghidapnya lagi.
Semuanya bergantung kepada individu kucing dan punca asmanya itu. Contohnya, ada kucing yang akan kena asma semasa musim jerebu sahaja.
Maka, sebagai pemilik kucing, adalah penting untuk kita sentiasa perhatikan kucing kita dari masa ke masa dan peka dengan perubahan rutin mereka.