Tajuk ini taklah sinonim dengan Bila Romeo bertemu Juliet (yup, walaupun 14 Feb sudah dekat) ataupun lebih kurang macam Bila Roti bertemu Jam (yum yum). Tetapi, ini adalah tajuk yang serius..~~Ini SERIUS~~(Lagu Wonderpet).
Apa yang seriusnya?
Serius sehinggakan kerana 'pertemuan' ini, haiwan akan kurang berstamina, mudah letih, susah bernafas dan lebih serius lagi bertukar kebiruan (kekurangan oksigen). Kekadang muntah2 atau sembelit.
Tapi, macam mana?
Suatu hari, Cik Meow terjatuh dari tingkat 3 ke aras bawah (groundfloor) yang tingginya melebihi 6 meter dan selepas itu mula menunjukkan tanda2 serius seperti dia atas serta kadangkala bahagian perutnya seperti kempis atau kembung semacam. (Erk?!! Apa sudah jadi?)
Lihat gambar ini:
Dalam kes bila paru2 bertemu usus2 ini, istilah perubatannya ialah DIAPHRAGMATIC HERNIA.
Bagaimana rupanya?
Selalunya ia hanya dapat dilihat melaui X-Ray seperti ini:
Nampak tak bezanya? Dalam X-Ray normal ini, kita dapat lihat jantung dengan jelas berbanding X-Ray yang sebelumnya. |
Ini pula diagram untuk lebih jelas tentang masalah ini:
Apabila ada tekanan kuat dari bahagian abdomen, otot diaphragma akan koyak dan seterusnya menyebabkan organ2 dalam ruang abdomen seperti perut, usus atau hati masuk ke dalam ruangan dada dan menghimpit peparu. Tekanan yang kuat ini selalu terjadi bila haiwan terjatuh dari aras tinggi, pelanggaran (selalunya oleh kenderaan) atau hentaman yg boleh disebabkan oleh pukulan.
Terdapat haiwan yang akan mennyesuaikan diri dengan masalah ini dan ada juga yang terus menunjukkan simtom yang serius.
Apa yang lebih membimbangkan ialah yang tidak menunjukkan tanda2 mereka mengalami masalah ini. Kenapa lebih serius?
Star (bukan nama sebenar), seekor anjing betina yang pernah dilanggar sebuah motosikal yang merempuhnya ketika melintas jalan. Kaki kanan depannya cacat di mana tulang kaki itu terkehel dan terkeluar dari soket tulang belikatnya. Sejak dari itu, dia jalan tempang tetapi selera makan ada dan aktif seperti biasa.
Satu hari, Star dihantar ke klinik haiwan untuk dimandulkan. Tetapi, Star mati semasa pembedahan.
Rupa-rupanya, Star mengalami diaphragmatic hernia.
Apa yang menyebabkan Star mati semasa pembedahan?
Untuk memandulkan haiwan betina, VET perlu mambuat potongan pada bahagian abdomen untuk membuka ruang abdomen kerana ovari dan rahim berada di dalam ruangan abdomen ini. Jadi, apabila tekanan udara di dalam dan di luar badan tidak seimbang, peparu tidak dapat menguncup dam mengembang seperti biasa. Maka, haiwan malang ini akan menghembuskan nafas terakhirnya ketika pembedahan.
Bayangkan, Star mati ketika menjalani pembedahan rutin iaitu pemandulan yang risikonya adalah rendah. Tetapi, risiko pembedahan ini menjadi tinggi apabila haiwan mengalami diaphragmatic hernia ini. Saya faham dan difahamkan, ada beberapa pemilik haiwan yang telah mengalami peristiwa sebegini serik untuk menghantar haiwannya untuk pemandulan.
Pengajarannya, tolong beritahu VET anda sekiranya haiwan anda ada sejarah accident atau trauma serta menunjukkan tanda2 yang telah disebutkan di atas selepas kejadian tersebut kerana sebelum pembedahan pemandulan, haiwan anda mungkin menunjukkan yang dia adalah normal di depan VET. Ataupun, bawa haiwan anda untuk pemeriksaan dan rawatan segera apabila mereka terlibat dengan trauma atau accident walaupun selepas kejadian itu hakikatnya, mereka nampak normal.
Tolong jangan benarkan kucing anda lakukan sebegini dirumah. |
Akhir kata, perhatikan si comel berbulu anda. Malang tidak berbau. VET juga tak dapat nak menghidu kemalangan yang yang pernah terjadi pada si comel berbulu itu.Jadi, sebelum terlambat, jangan lupa cakap yer.
Sekian.