Sunday, January 16, 2011

Patah punggung


Siapa tau apa HBC?
Hint: Ada kena mengena dengan jalan, kereta dan eksiden.

Takpe, tunggu diakhir entry untuk tau jawapannya, ok.

Salam manis semua. Tentu anda biasa nampak haiwan mati tengah jalan dilanggar kenderaan kan? Ada yang elok bentuknya dan ada pulak yang mmmm...berkecai. Kesian mereka...
Pernah tak anda lihat sendiri live terjadi di depan mata anda? Kalau mangsa masih hidup, adakah anda bertindak apa2?

The Canadian Veterinary Journal mengatakan, 25% kejadian trauma pada anjing dan kucing adalah kecederaan pada tulang punggung/pinggul. Jom kita tengok anatomi tulang pinggul.

Tolong abaikan nama2 bahagian tulang pada gambar tetapi fokus kepada struktur tulang pinggul yang normal ini.

 Apa organ yang berjiran dengan tulang pinggul?
  • pundi kencing
  • usus besar
  • saluran peranakan (betina)
  • saluran kencing
Bayangkan jika seekor kucing dilanggar pada bahagian pinggul, apa yang berlaku?
Ini Percy. Dia telah dilanggar sebuah kereta semasa sedang asyik bermain2 di jalan depan rumahnya. Nasibnya baik kerana pemiliknya nampak kejadian tersebut dan segera membawanya kepada kami untuk dirawat (syabas diucapkan atas tindakan segera itu!!).

Ketika sampai, Percy dalam keadaan shock. Ada pendarahan pada bahagian belakangnya serta menunjukkan simptom2 sedang mengalami kesakitan yang amat sangat terutama apabila disentuh pada bahagian pinggul. Percy langsung tidak mahu bergerak dan sentiasa dalam keadaan terbaring sahaja.

Tindakan awal kami adalah memberikan suntikan untuk menghentikan pendarahan, menguatkan jantung dan pernafasan, tahan sakit serta antibiotik. Setelah keadaannya agak stabil,IV (intravenous aka dalam salur darah) drip mula dilakukan supaya dia tidak terus shock. Warm water bag juga diletakkan disekeliling badannya untuk maintain suhu badan supaya tidak terlalu rendah.

Malam itu, kami agak gusar tentang Percy samada dia boleh survive utk hari esok kerana kami belum dapat pastikan samada wujud pendarahan dalaman serta organ dalaman yang cedera.

Alhamdulillah, esoknya Percy masih bernafas. Cuma, kami dapati kencingnya berdarah. Plan hari ini adalah untuk membawa Percy utk X-ray, jadi dapatlah kami pastikan nanti tentang kecederaan dalaman yang wujud.

Ini hasil X-ray Percy:

Ini dari sisi atas tulang pinggul Percy. Dalam bulatan merah, tulang pinggul Percy yang patah. Tulang itu patah pada soket tulang paha. Ini bermakna tulang paha kaki tersebut tidak akan dapat digerakkan dengan sempurrna selagi tulang yang patah tidak bercantum.

Patah tulang itu adalah satu hal. Kini, kami concern pula dengan organ2 disekeliling tulang yang patah. Perhatikan hujung tulang yang patah itu, tajam dan bayangkan pula sekiranya Percy menggerak2 pinggulnya. Pasti hujung yang tajam itu berpotensi mencederakan organ2 disekelilingnya.

Jadi, X-ray dari sisi tepi juga harus diambil. Lihat ini pula:

Dari X-ray ini, dapat dilihat tulang yang patah tidak mencucuk mana2 organ. Dan kelihatan juga organ2 dalam keadaan yang normal. (Fuh!! Lega...)

Apabila kembali ke HONEY VC, Percy kencing lagi tapi kali ini tidak berdarah (yeay!!). Ini bermakna, pundi kencing atau salur peranakan Percy hanya tercedera sementara sahaja dan ia respon kepada rawatan. Kami cuba memberi Percy makan, ternyata dia sangat lapar dan menghabiskan Natural Balance Salmon wet food yang persis a/d diet yang kami offer. Syukur...

Walaupun surgeri boleh dilakukan untuk membetulkan balik alignment tulang yang patah tu, tapi kosnya boleh mencapai ribuan ringgit (Orthopaedic surgery memang berkos tinggi tetapi outcomenya bagus). Jadi, kami mencadangkan supaya Percy hanya di cage-rest (restricted movement) di rumah minimum 6 minggu. Percy masih muda, 7 bulan baru umurnya jadi proses penyembuhan adalah lebih baik. Percy balik dengan bekalan antibiotik, pain killer serta susu (sumber calcium untuk penyembuhan tulang). 

Peluang untuk Percy pulih memang baik dengan syarat dia betul2 dikurung selama 6 minggu kerana untuk tulang bercantum dengan baik, pergerakan dibahagian itu harus (strictly, no compromise!) diminimakan. Tetapi, alignment tulang itu takkan cantik dan Percy mungkin akan tempang. Dan Percy juga kemungkinan mengalami kesukaran untuk beranak di kemudian hari kerana ketidaknormalan bukaan tulang pinggulnya.

Jika Percy tidak dikurung dan dibiarkan aktif berlari, memanjat dan melompat, apa yang berlaku?
  • tulang yang patah itu akan mengambil masa sangat lama utk bercantum semula dan cantumannya takkan teguh
  • hujung tulang yang patah akan mencederakan organ2 lain dan jika tercucuk pundi kencing sehingga bocor akan mengancam nyawanya
 Kami berdoa dan mengharapkan Percy bertambah pulih dan mengikut pantang larang yang telah diberitahu. Aminn..

Hint terakhir untuk maksud HBC -> ada kaitan dengan tragedi Percy

Jawapannya adalah....
HBC = Hit By Car. Istilah pendek yang vet selalu guna dalam kes2 eksiden.