Nite everyone. Tiba2 mood nak meng'update' cases yg kami terima beberapa bulan, minggu dan hari yang lalu yg tak sempat nak dikongsikan sebelumnya.
Enjoy...
KITTEN MALANG
Kitten yg baru berusia seminggu dihantar untuk surrender oleh seorang budak sekolah rendah. Ibu budak tu hanya tunggu di dalam kereta. Setelah sesi interrogation dgn budak tu, akhirnya kantoi yg kitten ni bukan dijumpa di tepi jalan spt yg dikatakan masa mula2 masuk klinik. Tetapi, ibunya ada di rumah mereka dan ternnyata mereka nak keep the mommy only. Tekaan serkap jarang saya, ibu kucing persian/long hair, anak keluar2 biasa --> pariah, so tak nak kitten. Better get rid! SORRY laju2, kami tak boleh terima, bw balik dan jgn dtg lagi utk buat mcm ni, pesan si SAYA. ADOI...ada juga manusia mcm nih...kalau mak dia yg masuk, den tak reti nk buek muko yg berkeriut ni cane dah..hai...
OYEN LUMPUH
Oyen ni tiba2 tak boleh berjalan dengan kaki belakang lepas baik dr jangkitan telinga. Rupa2nya, bila kami periksa, semua kaki memang tak boleh gerak mcm normal sebab sistem saraf dia secara keseluruhan dah kena jangkitan. Malah anak mata pun sentiasa mengembang dan langsung tak menguncup walaupun dihalakan cahaya terang. Boleh nampak iris mata (otot yg berperanan mengecilkan dan besarkan anak mata) tu bergerigi, tak licin macam biasa.Mata dia pun kabur bukannya bersinar mcm mata kucing yg sihat. Diagnosis awal kami adalah Toxoplasmosis, tetapi analisis darah tak tele dgn diagnosis. Selepas puas research dan tanya pd yang lebih berpengalaman, kami dpt tau jugak yg Oyen tgh menghidap Leukemia (FeLV). Kalaupun, Oyen dpt di detect awal ada penyakit ni, tp dia memang takde harapan. Sebab kebanyakan kes, kucing boleh hidup paling lama 6 bulan, itupun dgn rawatan radioterapi. Tp, tak bermaksud diagnosis pertama kami salah. Disebabkan FeLV, semua sel darah dia sgt sedikit dan dia memang berisiko dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit. Paling terkilan, selepas rawatan kami beri, dia ada menunjukkan progression tp tak lama..
Kucing DLH (atau yg sy selalu panggil Persian cross) ni dihantar betul2 sebelum owner nak balik kampung. Dah seminggu luka, tp tak perasan pd mulanya. bila perasan cuma letak ubat kuning. Owner tak sangka luka sebenarnya besar kat bawah kulit, Kucing demam tinggi ya amat, silap2 boleh kena sawan. Luka dalam gambar tu luka yang dah dicuci, tp malangnya kucing mati 2 hari selepas luka dicuci. PENGAJARAN: luka kucing selalunya memang tak boleh baik sendiri, better bw utk treatment secepat mungkin. Kucing ni sebenarnya mati sebab organ2 dalaman semua dah kena jangkitan yg asal dari luka tp dibiar, sebab tu dia demam panas. Kucing ok sehari je lepas cuci luka dan rawatan antibiotik, tp dah terlambat..
LUKA DIBIAR BAIK SENDIRI AKHIRNYA BAWA MAUT
Kucing DLH (atau yg sy selalu panggil Persian cross) ni dihantar betul2 sebelum owner nak balik kampung. Dah seminggu luka, tp tak perasan pd mulanya. bila perasan cuma letak ubat kuning. Owner tak sangka luka sebenarnya besar kat bawah kulit, Kucing demam tinggi ya amat, silap2 boleh kena sawan. Luka dalam gambar tu luka yang dah dicuci, tp malangnya kucing mati 2 hari selepas luka dicuci. PENGAJARAN: luka kucing selalunya memang tak boleh baik sendiri, better bw utk treatment secepat mungkin. Kucing ni sebenarnya mati sebab organ2 dalaman semua dah kena jangkitan yg asal dari luka tp dibiar, sebab tu dia demam panas. Kucing ok sehari je lepas cuci luka dan rawatan antibiotik, tp dah terlambat..
DARAH HANCING
Ini Kiki, kucing jantan yang datang dengan masalah tak boleh kencing dan muntah2 (worried giler!!). Gambar besar tu air kencing hari ke3. bandingkan dengan gambar kecil yg dlm kidney bowl tu, merah menyala kan? Lepas rawatan agresif dan IV fluid, alhamdulillah, Kiki sihat balik. Tetapi, sepanjang rawatan di wad, kami terpaksa pakaikan dia E-collar purple yg style tu sebab dia nak gigit tube2 berselirat keluar masuk bdn dia. Mana boleh? Penat tu nak masukkan tiub2 tu...then, kalau berlubang habis, bila la pulak budak comel ni nak baik...hehe..update terkini, Kiki dengarnya nak di let go for adoption/sale. kami pun tak pasti cause owner dia call sekali je and tanya, kami nak tak Kiki. Kiki memang comel giler, tp kami dh ada 6 furbabes yg cute jugak...
WARGA EMAS DENGAN KANSER TELINGA
Si nenek kucing berumur 16 tahun dah pernah diceritakan pd anda di entry lepas. Lepas beberapa bulan, dia kembali dengan masalah sama di mana X-Ray ni diambil dan lihatlah betapa besarnya tumor itu yang sudahpun merebak ke bahagian betul2 dalam telinga serta bahagian dalam mulut yg berdekatan. Tak banyak dapat dilakukan kerana dia pun sudah betul2 tiada selera makan dan kurus. Masalahnya di sini, sebelum ini semasa tumor belum begini besar, dia pernah di admit ke sebuah 'klinik' berdekatan yg kami sedia tahu adalah bogus dan di sana dia tak mendapat rawatan yg sepatutnya. Kalau dpt, takkan ke sini dok? huhu...mereka tak amboh ambik X-Ray pung..hadoih..(tula... kalau dah tak bertauliah tu buat cara mcm tak, biar kami yang nanggungnya, kan dah koma tak pasal2 menyusahkan dan menganiaya org dan kucing tak berdosa), Tetapi, Si Koko ni memang dah sgt tua, umur yg tuhan bg pd dia pun dah dikira bonus, kalau tak dek kerana kanser telinga, kemungkinan dia sudah ada penyakit lain terutamanya buah pinggang (tapi bukan bermakna dia patut dibuat semberono jek).
THE END.
*Kata2 maaf: Saya tau ada sesetengah ayat yang sedikit mencuit, memberi 'rasa' dan memedihkan. Kadang2 saya tak tertahan dengan pelbagai perkara yang dtg, di mana sabar tu dah di tahap maksimum. Harap2 tak akan ada lagi yang mengulang perlakuan individu2 di atas ni lagi yer..maaf jika terasa.