Salam everybody!!
Well, well, well...sapa dah baca kami punya notes kat FB tentang beberapa perkara penting yg kami takde?
Kalo blom, klik ni -> Kenapa kami Takde/ Tiada..
So, entry ni ada kait mengait dgn note itu yer..
Saper kat sini ada pengalaman beli kucing yg di claim purebreed, tapi end up dgn byk masalah kesihatan yang tak berpenghujung? Dah tu, kucing tu tak 'sebesar' yang dijangkakan, dan ada beberapa kecacatan fizikal yang anda perasan lepas beberapa hari beli?
Kalau ada share2 kan la yer. Kalo boleh share sekali kat mana and dari siapa beli kucing tu.
Tau tak anda yg anda berpotensi ditipu ketika nak beli kucing?
Ada beberapa kes yang nak saya kongsikan di sini:
Kucing Bertanduk
Sape kater kucing takde tanduk? Saya dah jumpa satu kucing flat face bertanduk 2mm kat bahagian antara 2 telinga. Badan dia kecik jer, kurus memanjang walopun menurut pemiliknya makan ok jek. Dari mula beli sampai penghujung umur kucing tu, dia asyik2 ada masalah kulit. Bila kurap settle, fungus pulak. Bila fungus settle, kanser pulak, sampai satu badan melepuh2. Kesiankan? Pemilik cerita dia jumpa kucing ni kat Pet Shop dengan harga murah dari biasa. Dia kesian kat kucing ni sbb dia paling kecik antara yang lain. So, apa yang dpt kami simpulkan lepas tau Pet Shop yang menjual kucing tu? Mereka ada buat aktiviti 'mating' secara sumbang mahram. Dengan kata lain, mereka ni backyard breeder (BYB), Saya pernah menjenguk kedai tu dan tengok sendiri macam mana dorang simpan kucing2 yang dijadikan 'mesin beranak'. Sangkar ditutup dengan kotak2, sampai kena menilik2 nk tengok mereka. Tempat sempit, makanan ntah paper yg dibg (table scrap), anak2 kucing dh kena flu & sakit mata. Tak sampai hati tengok lama2..
Nasib kucing yg sy jumpa tak cenggini. kalo cenggini, siap sedia jela. Agaknya kiamat dh dekat la tu kot..
Encik Bugsy
Encik Bugsy ni kucing di kawasan kantin kuarantin haiwan Sepang asalnya. Rupanya yang agak unik, bermata galak, bertelinga kecil dan berbadan kurus keding. Kami memang tau dia ni hasil sumbang mahram sebab kat situ memang suku sakat dia jek. Tp, waktu kami rescue tu dia baru 2 bulan. Kalau nak tau, sampai sekarang bdn mcm budak umur 3-4 bulan pd hal dah nak cecah setahun. Ni gambarnya Encik Bugsy. Dia ok sampai sekarang tp kurus dan cekeding jek..
Well, well, well...so kepada sesaper yg ada niat nak beli kucing, siasat2 lah asal usul kucing tu dulu. Saper mak bapak dia, dari mana asal mak bapak dia, sehat ke mak bapak dia, adake divaksin, adake screening darah dll lagi. Memang memenatkan, tp sebenarnya berbaloi.
Kalo very the suspect itu BYB, sila banned (kita bakor je!) pastu cari lain..
Breeder yang baik perlu ada lesen. Tak cukup dengan itu, ada simpan rekod kucing2 mereka dengan baik, jaga kebajikan kucing2 dia dengan bai, boleh bimbing anda tentang penjagaan kucing dgn baik. Dan ada yang mandulkan dulu kucing tu sebelum jual (tindakan paling baik utk kurangkan pertumbuhan BYB walopun sebenarnya mereka rugi).
Haih! penat membebel...hari dah malam, mata dah berat. harap dapat moral of the story yer..babai!!