Saturday, July 9, 2011

KUCING DEBAB COMEL?...SILA FIKIR SEKALI LAGI..


Salam ceria semua. Salam Syaaban.

Entry kali ni membincangkan tentang kucing debab aka obes.

Adoi, takmo la sampai cenggini yer. Kucing gemok comel tp tak sehat yer adik2..

Seronok tengok kucing yg bulats2, dah mcm bola berjalan kan?

Tp sebenarnya lebih tak best dr bestnyer..
Apa yg tak bestnyer?

Kalau orang yg obes kena warning dgn doktor tak?
Sure kena advise turunkan berat sebelum ada komplikasi kencing manis, darah tinggi, masalah jantung etc. etc..

Sama jugak dgn kucing. Bila mereka obes selalunya yang lebih dr 5 kg kalau saiz badan sederhana agak2 saiz kucing domestik tu..
Kalau Maine Coon of course 5kg tu kurus sebab rangka dorang besar.

So, mcm mane nk tentukan kucing tu obes?

Kucing yang aktif bermain berisiko rendah untuk menjadi obes. Tp, mestilah aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal bukan macam dak cenonet dlm gambar ni yg dok main game jer...
  1. Aktiviti -> kucing obes kurang aktif. Berjalan 1-2 langkah je dah mengah.
  2. Lemak bawah kulit -> boleh dijumpai di celah kelangkang dengan banyaknya sehinggakan melayut sampai nak cecah lantai. Kadang2 dekat pangkal ekor tu gemuk lain mcm disebabkan pengumpulan lemak
  3. Tulang rusuk -> kucing yg berat badan ideal, kita masih lagi boleh rasa tulang rusuk bila dipegang bahagian dadanya.
  4. Bentuk badan -> Bentuk badan yang ideal ialah bentuk 'hourglass'. So, bila dah membonjol ke tepi kanan & kiri tu sendiri mau tahu yer..


Apa pulak faktor2 obesiti dlm kucing

  1. Terlebih makan -> Kalau kucing makan banyak dan berkalori tinggi, nak pulak kalori yang dibakar tak sebanyak dimakan, maka kalori itu akan disimpan menjadi lemak di badan.
  2. Makanan kering -> makanan kering diformulasi dengan menambahkan karbohidrat supaya kucing cepat kenyang serta untuk mengurangkan kos kerana sumber protein sangat mahal. Tetapi, kucing dijadikan hanya boleh menghadam protein dan lemak dengan baik berbanding karbo. Protein dan lemak akan ditukarkan kepada tenaga berbanding karbo akan ditukar kepada lemak. Jadi, kawal jumlah makanan kering yg anda beri pd mereka, sila ikut sukatan yg dianjurkan.
  3. Umur -> bila umur kucing meningkat, aktivitinya akan berkurang disebabkan masalah sendi. Maka, apabila dia banyak makan sedangkan aktiviti berkurang dan kadar metabolisma juga menurun, jadiklah obes.
  4. Penyakit -> Kucing boleh naik berat badan disebabkan satu penyakit kelenjar hormon dinamakan Hypothyroidism tetapi amat2 jarang pd kucing.
So, apa nak buat kalau kucing obes?
WAJIB turunkan berat badan mereka.

Macam mana?
Seeloknya bawa berjumpa vet dahulu untuk mendapatkan nasihat & strategi terbaik utk menurunkan berat mereka. Sebab tak semua kucing obes boleh diuruskan dengan cara yang sama. Selalunya bergantung pd kucing dan pemilk juga.

Antara makanan yang diperlukan untuk mengawal & menurunkan berat badan kucing obes.

Kalau dibiarkan je diorang mcm tu, takpe kan? Lagipun so far ok jek?
Oh TIDAK! Lainlah kalau anda sanggup tengok dorang menderita sakit2 spt:
  • Diabetes (kencing manis)
  • Arthritis (radang sendi)
  • Hepatic lipidosis (hati dipenuhi lemak)
  • Mengah, nafas pendek
  • Masalah kulit
  • Berisiko tinggi untuk dibius & surgeri
  • masalah jantung
So, tunggu apa lagi, kalau koma ada kucing obes cepat2 bawa check-up sebelum terlambat.

Aishh...terdetik pulak nak buat program THE BIGGEST LOSER CAT lah sempena bulan puasa ni...ada bran?

Wassalam. Adios!