Wednesday, November 30, 2011

MOMMY TAKDE!!! Jom cuci baju beramai2!!


Pelik tak tajuk entry kali ni?

Macam tak serius jer..

~Ini SERIUS~ *wonderpet melodi

Apa pulak kena mengena cuci baju dgn kesihatan haiwan nih?
Hehe...jeng.jeng.jeng..

Beberapa hari lepas, kami menerima kes keracunan yg aneh. 

History: Owner pergi bercuti 2-3 hari. Tinggalkan anak2 bulus dgn anak utk dijaga kat rumah. Sampai2 rumah, tengok beberapa ekor dah melepet tak nak makan and lemah je...Pelik? Makanan dlm bekas banyak lagi, air minuman jadi warna kekelabuan. 


Plastik serbuk sabun cuci macam berlubang2, seperti ada kesan cakaran & dah macam winter sonata kat area dapur tu...


9 ekor kucing yang keracunan semuanya dan ada yang maut.
Ada yang sempat di bawa tetapi dah nazak, ada yang dah kuning, ada yang dah monyok, ada yang masih ada selera dan paling sedih ada yang tak sempat pun di bawa.


Kami rawat seekor demi seekor yang dibawa & rawatan bergantung kpd keadaan setiap ekor kucing. Banyak juga suntikan & ubat yg diberi pd hari tu..


Tp, selepas seminggu, syukur sangat2 sebab semua kucing2 yg terima rawatan sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah, memang ini yang dimahukan. Inilah berita yg paling menggembirakan dalam karier kami, apabila kucing yang dirawat baik & sihat semula.


Tp, apa yang penting pemilik juga memainkan peranan yg sgt penting dlm memberi komitmen supaya kucing2 baik sepenuhnya. 


Apa yang ada di dalam sabun yang membuatkan keracunan?


Detergen dibahagikan kepada 4 kumpulan:

  • Sabun - Sabun buku, sabun pencuci, sabun homemade
  • Detergen Anionik - Detergen pencuci baju, syampu, sabun cuci pinggan, sabun pencuci elektrik
  • Detergen Kationik - pelembut fabrik, disinfektan, sanitizers, pembasmi karat (berasakan petroleum)
  • Detergen non-ionik - detergen pencuci pinggan, syampu & sebahagian detergen pencuci baju
Sabun homemade diperbuat dpd glycerine (asid lemak) & garam. dan adakalanya dicampurkan dengan ekstrak2 tumbuhan sebagai pewangi atau bahan tambahan yg bermanfaat. Cthnya dlm gambar ni, sabun ni ditambah ekstrak timun.

Dos toksik setiap kategori detergen:

  • Sabun - Sabun sebenar selalunya tidak toksik
  • Detergen Anionik - Sedikit atau sederhana toksik. Boleh menyebabkan sakit tp jarang menyebabkan kematian
  • Detergen Kationik - Sangat2 toksik & merbahaya - 1% cecair ini boleh menyebabkan kecederaan kpd membran mukus
  • Detergen non-ionik - Kurang bahaya dari anionik & kationik
Tanda2 keracunan setiap kategori spt berikut:


Mengikut cerita owner, inilah dia sabun yg menjadi mangsa  tragedi winter sonata di dapur rumahnya sepeninggalan dia balik ke kampung. Sebelum kejadian, memang paket sabun ni belum dibuka langsung. Owner tidak sangka tragedi ni akan berlaku sebab sepanjang mereka berada di rumah, tak pulak kucing2 ni main dgn sabun ni.
  • Sabun - Muntah & cirit. Boleh menyebabkan saluran penghadaman terhakis. 
  • Detergen Anionik - Iritasi pd membran mukus, muntah, tiada selera, cirit, hakisan/ ulser pd mulut & salur penghadaman
  • Detergen Kationik - muntah, tiada selera, air liur meleleh, lemah otot, monyok, sawan, koma, hakisan pd mulut & saluran penghadaman. 
  • Detergen non-ionik - Muntah & cirit.
Dari pengamatan kami pd kes ini,kebarangkalian besar keracunan kucing2 ini adalah dr jenis detergen anionik. Kebanyakan tanda2 di atas ada ditunjukkan oleh kucing2 tersebut tambah2 lagi hakisan dalam ruang mulut.


So, kpd anda2 sekalian, jika perkara sebegini terjadi pd kucing anda, cepat2la bw merekake vet utk rawatan sewajarnya. Lambat bertindak boleh membawa maut.
Sekian saja kali ini. Adios.

*Sebenarnya draft ni dah ditulis berbulan lepas, ttp atas sebab2 terlalu sibuk dgn kes2 yg dtg, terpaksala tangguh sampai sekarang. Harap semua enjoy entry kali ni..