Kisahnya, suatu hari beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri yang lepas, seorang owner Pet Shop membawa satu kes emergency kepada kami. Waktu tu, kami sibuk dgn urusan Pet Hotel sebab dah dekat nak raya so, banyak kucing baru nak check-in.
Kesian anak kucing umur 3 bulan tu, air liur meleh-leleh, badan menggigil dek keracunan dek 'kebijakan' orang yang membawa tu..
Nak tau apa jadi sebenarnya? Macam mana kucing tu boleh jadi mcm tu?
Gambar di bawah adalah puncanya.
Demi berjimat, owner pet shop ini yang juga ada servis boarding utk Raya telah melumur krim di atas pada seluruh badan anak kucing tu sebagai anti kutu. tahukah anda produk apa di atas ni? Kita namakan owner pet shop ni dgn PC yer..
Produk ini adalah produk yang digunakan MANUSIA sebagai krim mengubati kurap/ scabies. bahan utama yg dikandung oleh produkm ini adalah LINDANE.
Jadi, kes emergency yang kami tgh dapat sekarang ni ialah keracunan Lindane.
Persoalannya, sejauh mana bahayanya Lindane ni?
Lindane adalah SANGAT SANGAT bahaya kepada kucing kerana 25mg sahaja bahan ini boleh membunuh kucing yg seberat 1kg. Bayangkan kalau 1kg anak kucing 3 bulan yg dilumur bahan ini satu badan?
Nasi baikla encik PC ni bawa kucing ni secepat mungkin, kalau tak, nahasla dia kena jawab dengan pemilik kucing ni...haih..
Lindane dah pun di ban di US disebakan potensinya untuk meracun pelbagai hidupan. Selain kucing, lindane juga berbahaya kepada anjing, tikus, itik, rabbit dan guinea pig. Even manusia pun tak boleh guna banyak pd satu2 masa kerana boleh keracunan jugak. Lindane ini senang sangat menyerap ke dalam kulit & terus meresap ke salur darah terutama pada kucing.
Berbalik kepada kes emergency, rawatan yang sewajarnya diberikan. Suhunya melonjak naik hingga mendedahkan kepada risiko sawan. Kami terpaksa memberi beberapa suntikan untuk menguatkan jantung & pernafasannya. Juga beberapa suntikan untuk mengelakkan beberapa organnya rosak disebabkan dek keracunan ini. Nasibla encik PC cepat bertindak setelah melihat keadaan kucing macam pelik, dia terus basuh krim yang dilumur sebelum dibawa kepada kami.
Alhamdulillah, setelah beberapa puluh minit kemudian, suhunya turun, air liur kurang meleleh & tiada lagi menggigil. Dalam waktu sebegini di mana tempat adalah terhad, kami tidak mengambil kes seperti ini untuk diletakkan dalam ward. lagipun, biarlah orang yg menjadi puncanya menjaga kucing tu sebab memang dia pun sudah dibayar untuk servis itu..
Perasaan kami waktu itu? SANGAT SANGAT MARAH. Kenapa kucing tu harus menjadi mangsa atas sikap terlalu 'bijak' sesetengah manusia. Nasib baik kucing tu selamat. kalau tak, kami akan menjadi SANGAT SANGAT KECEWA.
Tetapi, kami masih KECEWA dengan sikap sesetengah dari kita yang terlalu 'bijak' melakukan sesuatu seperti ini tanpa medapatkan nasihat yang lebih pakar. Ya, kami tahu kami muda berbanding sesetengah anda, pengalaman anda membela, membiak kucing lebih banyak dari kami, tapi adakah anda mendapat pendidikan perubatan veterinar selama 5 tahun seperti kami?
Mari hentikan ini semua. Apa guna sayangkan sangat wang hingga mnyebabkan nyawa hidupan seperti kucing yang tak bersalah menjadi korban, kan?
Renung2kan bersama....

Ini adalah antara rawatan yang kami beri kepada kucing tersebut iaitu dengan memasukkan 'air' di bwah kulitnya supaya racun yang telah terserap menjadi dilute/ cair & mengurangkan kesannya. |