Adakah tajuk ini pelik bagi anda?
Kalau tengok gambar, mungkin tak pelik sangat & mungkin pernah terjadi kepada haiwan kesayangan anda.
Lihat ini
|
|
V
Tengok tumit kucing ni, jatuhkan? Tak dapat beza? So, kita tengok yang normal yer |
|
|
V
Nampak tak bezanya?
Kucing berdiri dengan tumit yang terangkat (macam ladies pakai heels), tapi kita manusia berdiri dengan tumit resting di atas lantai.
(Uhuk, ada iras Cik Gebu plak kucing ni)
Kenapa boleh jadi jatuh ek tumit kucing ni?
Pernah tak anda dengar tentang atlet terutamanya pelari pecut yang mengalami kecederaan tendon?
Ni dalam manusia, kalau dalam kucing/anjing? Tengok ni.. |
Dalam kucing/anjing ada 2 tendon yang 'memegang' tumit mereka. Jadi gambar ini menunjukkan apa akan terjadi pd tumit mereka bila salah satu atau dua2 tendon putus.
Sejak kami beroperasi, sudah beberapa kali kami menerima kes sebegini.
Kucing yang menghidapinya semuanya ada sejarah/ personaliti terlalu aktif. Aktiviti panjat memanjat adalah aktiviti biasa bagi mereka ni.
Bila mereka kerap memanjat, tendon yg memegang tumit ni akan meregang hingga pd satu tahap tidak lagi mampu bertahan & akhirnya putus.
Kucing yang mengalaminya akan merasa sakit & tentunya cara dia berjalan pun dah lain macam.
Apa penawar masalah ini?
Dalam anjing, surgeri selalunya akan dilakukan. Sudah tentu melakukan surgeri menjahit balik tendon ini di dalam anjing lebih mudah lebih2 lagi anjing berbaka besar seperti German Shepard. Tetapi, untuk kucing pula bergantung kepada saiz mereka. Selalunya agak sukar kerana tendon mereka kecil (bersaiz mini) & bayangkan bagaimana mahu menjahit tendon itu kembali. Mungkin memerlukan alatan istimewa seperti surgeon perlu menggunakan kanta khas. Seperti kita sedia maklum, surgeri memerlukan kos yang tinggi lebih2 lagi melibatkan orthopedik.
Ini rupanya tendon yang putus tu setelah didedahkan semasa surgeri. |
Ini pula keadaan semasa surgeri, masa menjahit tendon yang putus tu..
Ada beran??
Tetapi, kes2 yang kami dapat sebelum ini, kami tidak menjalankan surgeri kerana kami pun belum mahir dengan teknik tendon repair ini. Maka, kami hanya merawat dengan memberi suntikan antibiotik & painkiller. Pemilik pula dinasihatkan untuk memantau aktiviti kucing & menghadkan kucing supaya menjadi 100% indoor cat.
Jadinya, jangan panik bila kucing anda tiba2 jalan dengan tumit jatuh.
Bawa mereka ke vet segera untuk pemeriksaan & kalau anda mampu bolehlah proceed untuk surgeri.
Tapi, sekali lagi ditekankan di sini mengelak adalah lebih baik dari mengubati.
kalau anda kurang masa untuk memantau kucing anda ketika mereka bersiar2 di luar, elok kiranya hadkan sahaja aktiviti mereka di dalam rumah atau di dalam sangkar supaya boleh kurangkan risiko mendapat kecederaan tendon putus ni, hokey!
Uols, ada jugak yang sampai jd cenggini tau.
yang ini bila tendon bukan putus ditengah2 macam dalam gambar di atas, tp putus di pangkal atau hujung. So, terpaksala masuk besi macam ni..huhu..
Sekian untuk kali ini, selamat berjumpa lagi!!
Comey sungguh kan? Tapi jangan sampai dia panjat tinggi lagi lepas tu overstretch kaki dia tuh..dahler.. |