Bismillah, dengan izin Allah SWT kami menulis pertama kalinya dengan menggunakan tablet.
Pertama-tama, ingin kami ucapkan terima kasih kepada klien kami, iaitu bapa kepada Cikpuan Azanisha kerana memberikan cetusan idea bagi coretan kali ini.
Kisahnya bermula apabila mereka datang ke HONEY Veterinary Clinic untuk membuka jahitan kucing mereka bernama Bu dan membawa Che Lu pula untuk dimandulkan.
Si ayah menceritakan pengalamannya memandikan kucing mereka. Sedang menjiruskan air ke badan kucing, dia terkejut melihat air yang mengalir berwarna kemerahan.
Lalu terdetiklah dalam hatinya sambil rasa agak panik, "kucing ini ada SAKAkah?"
Agak-agak Tuan dan Cikpuanlah, apa yang sebenarnya sedang berlaku?
**********************************
Daftar Kelas Cat Grooming 23 Januari 2016 (Sabtu) ini di bawah
Agak-agak Tuan dan Cikpuanlah, apa yang sebenarnya sedang berlaku?
**********************************
Daftar Kelas Cat Grooming 23 Januari 2016 (Sabtu) ini di bawah
**********************************
Inilah yang dinamakan flea dirt atau dalam bahasa Malaysianya, najis kutu. Pasti ada diantara anda yang fikir ini adalah kotoran seperti tanah,pasir atau tar mungkin.
Tapi, inilah realtinya. Dek kerana kotoran ini, kucing seperti berSAKA. Dek kotoran ini, air yang dijirus ke atas badan kucing menjadikan air yang mengalir darinya merah menyala.
Ini kerana, kotoran ini mengandungi pigmen darah. Seperti kita sedia maklum, kutu atau spesifiknya pinjal kucing adalah serangga pemakan darah. Oleh itu, najisnya juga mengandungi komponen darah.
Lihat gambar di bawah ini.
(Gambar ihsan capaian google.com).
Perhatikan di kiri gambar, dapat kita lihat seekor pinjal di situ.
Perhatikanlh, bahagian tengah dan kanan gambar. Terdapat banyak bintik-bintik merah dan bulu kucing ini basah.
Sebenarnya, kucing ini mengalami jangkitan pinjal yang teruk. Maka, Frontline Spray telah disembur keseluruhan badannya. Lalu, menjadikan bulunya basah dan bintik merah muncul.
Sebenarnya, bintik merah itu adalah hasil flea dirt yang basah. Cuba bayangkan pula jika kucing ini dijirus dengan air, apa terjadi?
Boleh bayangkan?
Kucing mana ada SAKA. Tetapi, disangka berSAKA apabila terlampau teruk dijangkiti pinjal dan lambat dirawat.
Apa penyelesaiannya?
Memandikan TIDAK membunuh pinjal dengan berkesan. Sekalipun dimandikan dengan Syampu Berubat. Ia hanya kalis kutu selama maksimum pun 3 hari sahaja.
Jadi, apa yang berkesan?
Gunakanlah ubat kutu, seperti contoh Frontline, Revolution dan Advocate. In Shaa Allah, boleh bertahan sebulan lamanya.
AMARAN: Dapatkan nasihat Doktor Haiwan sebelum penggunaan ubat kutu. Dikhuatiri membawa maut jika tersalah penggunaan.
BONUS!
Gambar Ngeri Pinjal.
Wajah pinjal di bawah kacamata mikroskop. Dizoom untuk lebih kengerian. AMARAN: Kutu ini boleh menyebabkan kegatalan yang amat sangat kepada kucing dan manusia, sehingga menjadi GILA menggaru. |
Ini gambar bayi pinjal yang dinamakan Larva. Perhatikan isi perutnya yang merah menyala. Larva pinjal tidak makan darah kucing secara terus, tetapi ia makan najis ibubapanya yang jatuh ke bumi, di dalam debu-debu rumah & dicelah karpet. 'Pembersih'kan mereka? Itulah pentingnya mengawal pinjal ini pada kucing dan juga persekitaran rumah. Alhamdulillah. Sekian nukilan berSAKA kali ini. |