Friday, March 28, 2014

Masalah kucing luar bawa penyakit





Ingat lagi kami pernah minta saudara dan saudari luahkan permasalahan kucing di link ini?
>> http://tinyurl.com/l3et3z4 <<

Ini masanya kami menjawab persoalan demi persoalan yang diajukan.

Soalan daripada Dina, Serdang;

"housemate sy sgt baik hati suka beri kucing luar mkn..lama2 kucing2 tu mkn mknn kucing sy dan tdo dalam rumah..mereka jantan dan suka spray dalam rumah. sy hanya risau kesihatan kucing2 sy"

Penyelesaian yang saudari ini mahukan, begitu unik;

"Sy nk pindah rumah"

=======
Penyakit kucing berbahaya yang mudah berjangkit
=======

Buat baik berpada-pada - peribahasa yang sering kita dengar.

Nah, inilah relevannya peribahasa tersebut dalam kes ini.

Adalah perlakuan yang harus dipuji apabila murah hati memberi kucing liar makan. Lebih baik, jika disusuli dengan tindakan bertanggungjawab, iaitu membawa kucing-kucing ini untuk dimandulkan dan kemudian dicarikan keluarga angkat.

Antara penyakit berbahaya dalam kucing yang mudah berjangkit ialah;

+ Sporothricosis - Jangkitan fungus yang boleh membawa maut kepada kucing dan manusia

+ Virus FIP - Virus yang mudah menjangkiti kucing dengan perkongsian makanan, minuman dan malah udara yang disedut. Menyebabkan kebusungan, kegagalan organ penting serta demam kuning.

+ Virus Lekumia - Virus yang mudah berjangkit melalui air liur dari kucing ke kucing. Mengakibatkan kucing mempunyai imuniti lemah serta berisiko tinggi mendapat kanser mulut dan usus.

+ Virus AIDS kucing - Virus yang berjangkit semasa kucing bergaduh, melalui cakaran dan gigitan. Menjadikan imun kucing lemah dan kekurangan darah merah.

=======
Fikir sebelum beri
=======

Oleh itu, adalah disarankan kepada pencinta kucing sekalian supaya, menimbangkan beberapa faktor sebelum memberi kucing liar makan.

Hubungan sesama manusia juga kita jaga dengan baik, selain berbakti dengan makhluk Allah SWT yang comel itu.

Ada sebarang permasalahan kucing?

Sudilah bertanya di >> http://tinyurl.com/l3et3z4 <<