Tuesday, March 17, 2015

♡ ♡ { Cabaran jadi mak angkat kepada anak kucing hilang mak } ♡



Dulu, masa awal-awal penubuhan @honeyvets, ada beberapa kes anak kucing kehilangan mak, yang dibawa kepada kami untuk dijaga.
.
Masa itu, memandangkan kes warded dan ICU belum banyak, kami gagahkan diri terima kes sebegitu dan jaga anak-anak kucing itu sementara tuannya outstation.
.
Jujur, jaga anak kucing kurang umur 2 minggu bukan mudah. Ia lagi mencabar dari jaga bayi baru lahir.
.
Apa bezanya dan yang mencabarnya?
.
Anak kucing bukan sekadar perlu disuapkan susu sahaja. Lepas disusukan, perlu stimulate supaya mereka kencing dan berak. Kemudian perlu diletakkan tuam atau warm water bag di dalam tempat tidur mereka.
.
Jika hanya berikan susu, tanpa buat perkara penting yang lain itu, alamatnya hayat mereka tak lama dalam jagaan kita.
.
Memang memerlukan komitmen tinggi serta kesabaran yang tinggi.
.
Sekarang, kami tak mampu terima kes sebegitu. Anak sendiri pun tak dan terlayan. Jadi, kami selalu cadangkan kepada klien untuk cari ibu kucing tumpang, jika mereka tak mampu beri komitmen.
.
Anak kucing memang comel, dan penjagaan mereka pula tak se'comel' mereka.