Assalamualaikum semua. Cuti sekolah dah bermula. Bagi yang mencari-cari aktiviti bermakna dan seronok di hari cuti ini bersama anak-anak, apa kata ajak anak-anak grooming kucing sama-sama.
Di dalam gambar ini, adalah antara alat-alat yang kami di HoneyVets gunakan untuk mandikan kucing.
Sangkar dwi pintu itu yang paling penting. Mudah untuk basahkan dan bilaskan kucing. Ada pintu di bahagian atas dan tepi.
Yang 4 alat itu, dari atas ialah shampoo applicator, detangle comb, double-sided comb dan soft brush.
Ramai yang tanya, bila kami nak buat lagi Cat Grooming Class. Kami mohon maaf sangat-sangat, kerana tak dapat mencari masa yang sesuai untuk anjurkan lagi.
In Shaa Allah, dalam masa terdekat. Kami akan war-warkan