Sungguh, kita manusia yang sering lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT telah limpahkan.
.
Walaupun kekadang kita ini hambaNya yang alpa dan lalai, dalam melunaskan tanggungjawab kepadaNya.
.
Ini peringatan khas buat diriku.
.
Aku tak setabah Oyen, yang selama ini menanggung derita tulang kaki belakangnya patah, dan menembusi kulit dan dia rupanya sedang mengandung!
.
Marahnya, kami fikir akibat kesakitan yang ditanggung. Ternyata, sebenarnya ia juga sedang melindungi kehamilannya.
.
Kini, ia terpaksa dikudungkan dan digugurkan kandungan.
.
Usah mudah menghukum tindakan ini kejam. Ia adalah untuk kebaikan jangka panjangnya.
.
Aku? Aku kekadang mengeluh dengan kepenatan dan kesakitan yang perlu ditanggung kerana berbadan dua.
.
Dan kucing ini, membuatkanku menyedari bahawa, jika aku ditempatnya, adakah aku setabah dan seredha dia, dalam menerima takdir ini?