Wednesday, March 18, 2015

♡ ♡ ♡ { Tips susu kucing tahan lama } ♡ ♡ ♡






Beginilah rupanya susu kucing yang gemar guna. Susu ini datang dalam kotak macam susu UHT, kita selalu minum tu.
.
Selepas dibuka sahaja, susunya hanya boleh tahan seminggu dalam chiller. Selalunya, satu kotak ini tak sempat habis digunakan dalam seminggu. Apatah lagi, anak kucing itu berumur 2 minggu ke bawah.
.
Jadi, kami selalu buat macam ini. Asingkan susu selepas dibuka ini ke dalam beberapa bekas kecil, dalam 5 ke 10 ml satu bekas. Mhngkin boleh dapat dalam minimum 25 bekas. Selepas itu, simpan dalam freezer.
.
Bila masa nak susukan anak kucing dah sampai, ambil satu bekas, kemudian suamkan dalam air panas, atau microwave. Bila dah panaskan, rasa dulu suhu susu itu. Kalau suam-suam, baru masukkan dalam botol susu kucing atau sedut guna picagari.
.
Kami di @honeyvets dah lama tak restock susu ini. Lost contact dengan supplier. In shaa Allah, akam direstock semula dalam masa terdekat.