Wednesday, March 18, 2015

♡ ♡ ♡ { Awang jadi dayang } ♡ ♡ ♡


Kisahnya kucing hitam ini kami jaga sejak lahir. Dan, dari umur sebulan lagi, kami dah kenalpasti bahawa ia seekor jantan.
.
Setelah divaksin lengkap, apabila umurnya dah mencapai hampir 3 bulan dan 'telur'nya dah jelas nampak timbul kami pun mandulkan dia.
.
Masa itu, kami panggil dia Bear, nama penuh Blackbear.
.
Selepas beberapa ketika, kami bawa dia balik ke kampung untuk dijaga oleh ibu kami, bersama dengan ibunya yang juga telah dimandulkan.
.
Tak semena dalam 2 bulan lepas, ibu terkejut suatu pagi kerana menjumpai dia sedang menyusukan 3 ekor anak.
.
Kami semua terkejut beruk! Hairan. Bagaimana boleh jadi macam ini? Kami sudah mandulkannya sebagai seekor jantan beberapa bulan lepas.
.
Rupa-rupanya inilah fenomena kucing khunsa yang kami pernah dengar sebelum ini, tetapi baru kali ini kami di @honeyvets alami sendiri.
.
Sekarang ini, Blackbear yang sudah ditukar nama kepada Dayang, sudah selamat dimandulkan kali kedua. Fuh! Lega.
.
Siapa ada pengalaman sebegini? Jom kongsikan. Kami pernah dengar bahawa seorang Vet di Puchong, agak kerap menemui kes sebegini.