Thursday, March 19, 2015

♡ ♡ ♡ { Yang penting, selamat } ♡ ♡ ♡


Ramai klien yang masuk ke @honeyvets hairan dan bertanya, "kenapa klinik ini tak berbau sangat, sedangkan ada kucing di pintu masuk?".
.
Yup. Kami ada 6 ekor kucing dalam 2 rumah kaca di bahagian depan klinik, dekat dengan pintu masuk.
.
Rahsianya yang bukan rahsia sangat pun adalah, jenis pasir kucing kami guna. Kami guna jenis yang mesra alam dan mesra kucing, macam dalam gambar ini.
.
Ia diperbuat dari habuk kayu yang dimampat menjadi seperti pelet. Maka, ia menyerap bau dengan baik. Bila ia terkena air, ia akan berderai. Boleh dijadikan baja sebagai sumber urea pada pokok atau tanaman.
.
Yang penting, tak toksik kepada kucing, jika kucing terjilat atau termakan sedikit. Tak seperti dari jenis clumping, yang diperbuat dari bentonite, yang boleh menyebabkan dehidrasi teruk kepada kucing walaupun hanya tertelan sebiji pasirnya.
.
Alhamdulillah, dulu packaging pasir ini adalah paling besar 20 kg, sekarang hanya 10kg. Harga tetap sama. Jika dulu pek 20kg, RM80. Sekarang jika klien nak beli 2 pek 10kg, harga tetap RM80. Bezanya, senang sikit nak angkat 2 beg 10kg berbanding 1 beg 20kg kan?
.
Jika ada warga Bangi, mahu booking sebelum kehabisan stok, boleh terus whatsapp 0193473717. Rate pasir ni stock in stock out laju. Siapa yang pernah guna, pasti faham kenapa. Jimat pun jimat. Bak kata orang kampung den, berbaloi-baloilah.