Sunday, September 25, 2016

Kenapa Kucing Parsi Bernafas Terjelir Lidah?

Assalamualaikum wbt semua follower yang disayangi.
.
Kucing anda mungkin ada simptom ini

Lidah terjelir sambil bernafas laju.

Biasanya berlaku pada jenis bulu panjang.

(Kucing baka Parsi)

.
.
Perhatikan simptom ni
==================
.
.
1) Cara bernafas
Laju dan kerap dengan lidah terjelir.
Lidah keluar macam anjing

2) Mood 

Bila ajak main kejar-kejar.
Main sekejap-sekejap aje. 
Lepas tu dia melepet semula

3) Selera makan

Makanan jarang habis
Mula memilih makanan 
.
.
.
Kenapa jadi begini?
================
.
.
Perkara PENTING yang anda perlu tahu tentang kucing baka Parsi.

[ Info kucing baka Parsi ]

Asalnya baka Parsi ini dibawa masuk dari Iran.
Pada abad 17 orang Italy mula bawa masuk ke Eropah.
Disebabkan rupa dan penampilan yang lebih menarik ketika itu

Pada abad 19 'Cat Show' mula menjadi popular

Hinggakan Queen Victoria sendiri meminati baka ini
Ini menjadikan baka Parsi di angkat sebagai selebriti
Akhirnya ia mula menjadi buah mulut dikalangan peminat kucing.

Iklim negara Iran
[ Iran's climate ranges from arid or semiarid, to subtropical along the Caspian coast and the northern forests. On the northern edge of the country (the Caspian coastal plain) temperatures rarely fall below freezing and the area remains humid for the rest of the year. Summer temperatures rarely exceed 29 °C ]

~ Wikipedia

Walaupun kelihatan cerah seperti panas

Sebenarnya iklim Iran adalah sejuk sepanjang tahun.
Di kelilingi oleh gunung-ganang yang bersalji.
Menjadikannya sejuk seperti Cameron Highland!

Sumpahan jaket berbulu

Bulu kucing adalah penebat haba untuk kucing baka Parsi
Ianya akan mengekalkan suhu badan kucing baka Parsi
Supaya mereka sentiasa kekal panas dan selesa.

Bayangkan dalam cuaca panas kat Malaysia ni.

Korang pakai sweater tebal dan main kat luar rumah.
Ya ampun...
.
.
.
Apa yang perlu dilakukan?
=====================
.
.
1) Periksa suhu
Gunakan termometer khas untuk kucing
Suhu normal kucing adalah 38.

Jika bacaan pada 39.5 atau lebih.

Kucing anda dalam keadaan bahaya.
Segera bawa berjumpa doktor haiwan.
Risiko untuk terkena sawan lebih tinggi.
.
.
.
2) Pindah rumah
Kalau sanggup, boleh pindah terus ke Cameron Highland.
atau,

Sediakan persekitaran yang selesa untuk kucing baka Parsi ini.

atau,

Pasang air-cond kat rumah.

Pastikan suhu dalam rumah sentiasa kekal di bawah 29 Celsius.
atau,

Sediakan ruang khas untuk kucing baka Parsi ini. Seperti bilik khas yang mempunyai persekitaran yang selesa dan sejuk.
Persekitaran yang sejuk dan nyaman dalah idaman untuk setiap kucing baka Parsi ini.

.
.
.
Kenapa suhu kucing sangat penting?
==============================
.
.
Suhu adalah petunjuk penting pada kucing.
Suhu badan kucing sangat stabil walaupun dalam cuaca panas.
Ini kerana daya imun kucing lebih kuat berbanding manusia.

Jika berlaku sedikit perubahan suhu badan kucing.

Ini adalah petanda awal menunjukan imun mereka lemah.
Imun yang lemah akan membawa kepada pelbagai risiko penyakit lain kepada kucing.

Andai kata kucing anda masih lagi bernafas laju dan terjelir lidah.

Walaupun anda telah sediakan persekitaran seperti tadi.
Segera lakukan pemeriksaan di klinik haiwan berhampiran.



P/s : Perlu bantuan berkaitan kucing?

Jangan segan untuk SMS kami di hotline 0193473717.
Atau HUBUNGI KAMI terus.